Gaya Hidup 15 Oct, 2021

Surat beri semangat Hrithik Roshan kepada Aryan Khan! Anak SRK ditahan sebab salah guna dadah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Penahanan Aryan Khan iaitu anak sulung pelakon ternama, Shah Rukh Khan (SRK) kerana penyalahgunaan dadah mengejutkan ramai pihak. Dan ramai yang bersimpati terhadap Shah Rukh Khan dan keluarga. 

Salah seorang selebriti yang memberikan ulasan terhadap nasib yang menimpa pelakon muda itu ialah pelakon kacak Bolywood, Hrithik Roshan, 47.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan SRK

Hrithik Roshan antara pelakon Hindi bertubuh sasa. - Kredit foto: IG Hrithik Roshan.

Melalui Instagramnya Hrithik menulis surat terbuka buat Aryan dan memohon remaja tersebut untuk terus tabah dan kuat berdepan ujian ini. 

Berikut adalah surat terbuka Hrithik Roshan:   

“Buat Aryan sayang, hidup adalah satu perjalanan yang aneh. Tidak selalunya bagus tetapi Tuhan memberikan yang terbaik. Dia memberi ujian untuk dihadapi dan kamu dipilih supaya belajar merasakan tekanan agar diri kamu boleh berdepan dengan apa jua situasi pada masa akan datang.

“Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan semuanya sama jika kamu tahu yang mana harus disimpan dan yang mana harus dibuang daripada perjalanan hidup. Percayalah kamu akan menjadi lebih baik daripada mereka semua. Akan datang cahaya nanti."

Menurut Hrithik Roshan, Aryan perlu kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Tambahnya, Aryan masih muda dan banyak perkara yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Oleh itu, remaja tersebut perlu belajar sesuatu daripada pengalaman ini.



Aryan ditahan bersama beberapa temannya pada Ahad, 3 Oktober 2021 kerana memiliki dadah dan menghadiri pesta dadah atas sebuah kapal persiaran mewah di Mumbai.

Sementara itu menurut  portal Bollywoodlife.com, SRK dan isterinya dalam keadaan murung dan enggan ditemui media ekoran nasib yang menimpa Aryan yang kini masih ditahan. - KitaReporters

17
14
0
12
0
You will be interested

Video| Nasib baik tak cedera! 2 penari jadi hero! Aina Abdul tergelincir jatuh tangga! Melucukan!

Aina Abdul dapat pengalaman tak dapat dilupa dan melucukan apabila terjatuh ketika turun tangga pentas semasa adakan persembahan. Nasib baik dibantu dua penari

Video| Komanwel Birmingham 2022: Ng Tze Yong raih perak badminton! Bukti pemain berpotensi besar!

Ng Tze Yong berjaya buktikan dirinya sememang yang terbaik sehingga berjaya ke perlawanan akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan raih pingat perak badminton
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 hour ago

Video| Gandingan durian, K-pop! The Lord Musang King filem kolaborasi! Malaysia dan Korea Selatan!

The Lord Musang King filem kolaborasi Malaysia-Korea Selatan. Yusof Bahrin, Harissa Adlynn Halim, dan Kim Bo Yeon, Kwak Dong Hyuk dari Korea Selatan berlakon
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 hour ago

Video| Suara mantap mirip P Ramlee membawa tuah! Bergelar juara! Bintang P Ramlee 2022 Zon Utara!

Mohd Ameerezul Maula Abd Aziz, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin muncul juara Pertandingan Bintang P Ramlee 2022 peringkat Zon Utara anjuran RTM di Ipoh, Perak
Amil Abdullah Saiby in Gaya Hidup 5 hours ago

Video| Seronok, sebak, sedih, menghiburkan! Konsert Anuar & Ziana Zain! Mungkinkah ada album duet?

Seronok sebak, sedih, menghiburkan, begitulah campuran perasaan dapat disaksikan pada Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur di Dewan Plenari KLCC
Fariza Saidin in Gaya Hidup 21 hours ago