Seni & Sukan 11 May, 2020

Alyah mohon maaf! Nak beralih nyanyi lagu cinta kepada Allah

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

Keputusan penyanyi terkenal, Datin Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan untuk tidak lagi menyampaikan lagu-lagu cinta sesama manusia mengejutkan para peminat. Penyanyi yang juga isteri kepada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS ini membuat pengumuman dalam media sosial berkenaan hal tersebut. : KitaReporters


Menurut Alyah, 20 tahun dalam bidang nyanyian, dia telah menyampaikan pelbagai jenis lagu terutamanya lagu-lagu cinta sesama manusia.

Justeru katanya, dia tidak mahu peminat terus terbuai dan menangis hanya kerana cinta sesama manusia, bukannya kerana Allah SWT.

Malah dia juga memohon maaf kerana membawa pengaruh yang tidak baik menerusi lagu-lagu cinta yang dinyanyikannya.


“Selama 20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi. 

"Saya menyanyi lagu cinta, lagu sengsara, lagu sedih, lagu curang dan lagu kecewa. Kebanyakan lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.

Pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini.

"Nyanyian saya menitiskan air mata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kasih kerana Allah SWT, bukan kerana para Rasul dan bukan kerana para ilmuwan agama.

“Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. 

"Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti,” tulisnya.

Alyah mengakui kebanyakan lagu-lagu cinta yang dinyanyikan membawa pengaruh kurang baik. 


Tidak mahu terus menanggung dosa, akhirnya Alyah membuat keputusan untuk tidak lagi merakamkan lagu-lagu berunsurkan cinta sesama manusia.

“Sayalah yang berdosa, saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah.

"Mulai saat ini saya tidak akan merakamkan lagi apa apa lagu cinta terhadap manusia lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada Maha Pencipta,” luahnya.

Walaupun agak terkejut, kebanyakan peminat dan netizen tetap menyokong usaha murni Alyah. Malah, mereka bersyukur dengan penghijrahan yang mahu dilakukan oleh penyanyi kesayangan mereka itu.

“Masya-Allah berkesannya PKP Ramadan kali ini. Mudah-mudahan terus maju jaya dan istiqamah sis,” tulis salah seorang netizen.

Para peminat tetap memberi sokongan kepada Alyah.


Lagu yang baik adalah lagu yang liriknya memuji-muji kebesaran Allah SWT dan mengajak manusia cintakan Yang Maha Esa. 

Semoga perjuangan baharu Alyah itu diberkati dan mendapat sokongan ramai. - KitaReporters

alyah81 : Saya masih seorng penyanyi ya 😁😁😁

Tak da laa takut takut korang lupa nanti korang ingatkan kite chef dari neraka pulak heheehehe Cuma dah lama tak nyanyi je....

Salam ramadhan to all muslimin and muslimat.Mohon ampun dan maaf atas segala kesalahan saya selama ini...yg baik dari Allah swt yg buruk dari saya hambanya....

To @maherzainofficial Tq for this song...definitely great song ever for ramadhan....👍👍👍

0
0
0
0
0
You will be interested