Seni & Sukan 20 May, 2020

Kurang asam! Pasang kuat-kuat lagu raya lalu sekatan jalan!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SETIAP orang ada cara dia untuk meraihkan keseronokan bagi menghadapi hari perayaan dan salah satunya ada dengan memasang lagu raya. Dengan ini, ia dapat meningkatkan lagi aura serta semangat itu untuk kita menyambut hari kemenangan bagi mereka yang berpuasa. Tapi kenalah "mainkan" lagu di tempat yang betul!! Kalau tidak, boleh mencetuskan suasana tidak harmoni!! : KitaReporters


Seorang pengguna Facebook bernama, Razman Ramli berkongsi satu video yang menunjukkan sebuah van memasang lagu 'Balik Kampung' nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad.

Lebih rasa panas di hati ialah van berkenaan sedang melalui satu sekatan jalan raya (SJR) yang didirikan bagi melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengawal rakyat untuk tak "balik kampung."

Dah la orang tak boleh beraya tahun ini, boleh pula van tersebut memasang lagu tambah lagi dengan speaker yang begitu kuat!!!

Ini memang nak mencari nahas ni!

Kredit Video FB Razman Ramli. 


Fuhh, betul-betul 'bakar line' abang askar ini.  

Tengok video itu, renungan tajam dilepaskan dekat van itu.  Nasib baik pistol pada tangan tak dihalakan ke arah van itu. 

Dalam hati mesti terbakar betul ini. 


Nasib baik abang askar dan polis tak tahan anda, kalau tak tu, mesti kena nyanyi depan mereka la!!!!

Menjengah bahagian komen, seperti biasa, komen netizen sentiasa terbaik dengan pelbagai reaksi daripada mereka. 

Video ini juga telah ditonton hampir 400,000 kali. 








Apakah begini pengakhiran kepada cerita van tersebut? - KitaReporters


3
1
3
9
0
You will be interested