Seni & Sukan 19 May, 2020

Alamak!! Anak ganggu ibu ketika live dalam siaran berita TV!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KETIKA pandemik COVID-19 menular di seluruh dunia, banyak negara melaksana perintah berkurung, lantas menyebabkan ramai yang bekerja dari rumah. Keadaan sama turut berlaku kepada golongan media yang boleh  bersiaran walaupun berada di rumah. : KitaReporters

MARTHA SUGALSKI tetap bekerja walaupun berada di rumah. Dailymail.co.uk


Baru-baru ini tular dalam media sosial seorang penyampai berita dari Orlando, Florida berdepan insiden menggemparkan apabila anak lelakinya ‘mengganggu’ tugasnya ketika bersiaran langsung dari rumah

Memetik laporan Dailymail.co, kerjadian tersebut berlaku ketika Martha Sugalski berada di rumah dan membuat ulasan secara langsung  mengenai peraturan ketika menaiki teksi sepanjang tempoh perintah berkurung.

Anak lelaki berusia enam tahun tiba-tiba mendatangi Sugalski yang sedang bersiaran langsung di rumah mereka Florida.



Tetapi ketika ‘ralik’ bertugas beliau didatangi anak lelaki yang berusia enam tahun dan secara tiba-tiba kanak-kanak berkenaan menangis di belakangnya.

Namun pembaca berita wanita itu kekal tenang, walaupun sedang bersiaran langsung.

Inilah dipanggil professional tidak terus melenting! Hebatkan dia!.


Selepas kejadian melucukan itu, Sugalski  terus memohon maaf kepada penonton secara langsung dengan ‘gangguan’ berkenaan sambil memperkenalkan anaknya, Heaton kepada penonton.

Malah wanita tersebut sempat bergurau anaknya bimbang tidak dapat makan pencuci mulut gara-gara mengganggu ibunya sedang bertugas.

Bukan sekadar itu, anak sulung Sugalski juga turut membuat permohonan maaf dalam Twitter berikutan adiknya yang mengganggu tugas ibunya yang sedang bekerja.

Emak dalam media televisyen, anak pula dalam media sosial. Betul-betul keluarga yang faham fungsi media dan komunikasi. - KitaReporters

Kredit foto: orlandoweekly.com


 

6
2
0
0
1
You will be interested