Seni & Sukan 23 Nov, 2020

Alif Satar mohon maaf dan doa semua! Sah positif COVID-19!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Alif mohon maaf atas segala kesulitan ini dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuh dugaan Allah S.W.T. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan," tulis Alif Satar yang telah disahkan positif COVID-19. Ekoran itu pentas separuh akhir Muzik Muzik (MM) 35 yang sepatutnya berakhir malam 22 November 2020 terpaksa dibatalkan. : KitaReporters


Alif Satar. - Kredit foto: Instagram @aliffsatar


Lagi kisah-kisah berkaitan muzik:

https://kitareporters.com/search?search=muzik


Alif Satar, 30, meluahkan perasaannya itu melalui laman Instagramnya dengan memuat naik sebahagian daripada bahu bahagian dada kirinya yang sudah pun berada di katil sebuah hospital apabila sudah berpakaian baju yang tertera ‘Untuk kegunaan hospital sahaja’.

Menurut pemlik nama penuh, Muhammad Alif Mohd Satar ini, beliau kini sedang menjalani proses kuarantin malah melalui tulisannya Alif memberitahu telah mengambil ujian COVID-19 pada 21 November 2020 iaitu sehari selepas beliau membuat persembahan pada pentas separuh akhir pertama Muzik-Muzik 35 pada 20 November 2020 dengan lagu  ‘I Want You To Love Me’ ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan.




Menurut TV3, Alif menjalani ujian saringan COVID-19 setelah mengetahui kontak rapat yang ditemuinya pada Selasa, 17 November 2020, didapati positif virus berbahaya itu dan mengambil keputusan menjalani ujian mandatori COVID-19 yang dikendalikan oleh KKM pada 21 November 2020 dan disahkan positif Ahad, 22 November 2020.

Daripada kapsyen yang ditulis Alif melalui Instagramnya, beliau memberitahu telah menjalani beberapa ujian saringan COVID-19 sebelum ini memandangkan beliau sentiasa sebuk menjalani penggambaran tetapi malangnya beliau terkejut apabila menerima keputusan ujian terakhir yang dilakukannya pada 21 November 2020 adalah positif.



Melahirkan rasa risau dan gundahnya dengan keputusan tersebut yang pasti berbahaya kepada anak dan isteri serta rakan-rakan di set penggambaran Alif sekadar mampu memohon doa agar semuanya terhindar daripada terbabit malah telah memberikan nama-nama kontak rapatnya kepada KKM untuk tindakan lanjut.

Terkini, dalam tempoh lapan jam sejak perkongsiannya itu dimuatnaikkan, Alif menerima lebih daripada 13,000 komen daripada rakan-rakan artis dan pengikut setianya yang berjumlah 3.1 juta.

Antara artis pertama yang dilihat memberikan respons adalah Dato Seri Siti Nurhaliza diikuti oleh  Achey, Mira Filzah, Shuib Sepahtu, Lisa Surihani, Ayda Jebat dan Zizan Razak antaranya malah ramai lagi termasuk ahli politik.



Rata-rata mereka berharap agar Alif cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

Sementara itu, difahamkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) mengambil langkah untuk menunda siaran langsung Muzik Muzik 35 Separuh akhir ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Akur dengan setiap SOP yang ditetapkan pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara, kakitangan yang terlibat dalam produksi tersebut telah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing.  Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan (swab test) COVID-19. 

Semoga ‘Ironman Langkawi 2019’ dan ayah kepada tiga cahaya mata ini menjalani  dugaan ini  dengan tabah dan cepat sembuh. - KitaReporters.

2
1
0
0
0
You will be interested