Seni & Sukan 19 Sep, 2020

Tahniah Kapten Mukhriz! Bernikah dengan anggota polis udara!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

"Sayangku Kapten Mukhriz" sudah berpunya! Kapten Mukhriz lakonan Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali, 26, akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan pasangannya Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff. : KitaReporters

Raja Afiq dan pasangannya, Soffwany kini sah bergelar suami isteri apabila selamat diijabkabulkan di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada 19 September 2020.  - Kredit foto: Instagram Raja Afiq  



Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Pelakon kacak dan tampan itu selamat diijabkabulkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam,Selangor pada pagi hari ini, Sabtu 19 September 2020.

KEMESRAAN antara Raja Afiq dan Soffwany mula terjalin sejak awal tahun ini sehingga menjadikan pasangan kekasih ini bertemu jodoh sebagai pasangan suami isteri yang sah. - Foto Instagram Raja Afiq   


Sebelum ini, ramai peminat pelakon Sayangku Kapten Mukhriz tidak mengetahui perkembangan kehidupan peribadinya apatah lagi hasratnya untuk berkahwin dengan gadis pilihan hatinya.

Namun, perkenalan yang singkat melalui Instagram pada tahun ini telah melahirkan perasaan cinta dan sayang hingga tidak berbelah bahagi,  dan seterunya mengikat kedua-dua pasangan tersebut untuk melangsungkan pernikahan mereka.

"Kalau ikutkan, perancangan kami untuk bernikah sebenarnya pada bulan Ogos lalu. Tetapi, disebabkan pandemik Covid-19 kami terpaksa anjak pada tarikh hari ini (19 September 2020).

"Alhamdulillah syukur majlis pernikahan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Majlis persandingan pula akan dibuat pada awal tahun depan insya-Allah,” jelas beliau seusai majlis tersebut.

Terdahulu, pasangan ini sudah pun mengikat tali pertunangan sekitar bulan Mac 2020 lalu di rumah keluarga Soffwany  di Johor Bahru secara tertutup dan tidak ramai yang mengetahui majlis pertunangan mereka kecuali ahli keluarga terdekat sahaja.

Mereka mula berkenalan antara satu sama lain sejak awal tahun ini dan mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak keluarga.

Soffwany adalah petugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga seorang penyanyi di bawah naungan Suria Records. 


Imbas kembali saat-saat manis perkenalan mereka yang dikatakan singkat tetapi mesra apabila Afiq sering menghantar mesej langsung (DM) di IG Soffwany. Banyak kali Afiq hantar mesej, tetapi dia (Soffwany) hanya membalas dengan emoji sahaja.

"Namun, dia tetap tidak berputus asa dan tetap menghantar DM hingga kami bertukar nombor telefon. Kami berkenalan tidak lama dan terus membuat keputusan bertunang. Antara kami ada keserasian,tambahan pula keluarga merestui hubungan kami," demikian kata Soffwany ketika mendedahkan rahsia pertunangan mereka dahulu.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, dengan mas kahwin sebanyak RM1,101 berserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Pasangan pengantin baharu ini bakal mengadakan majlis bersanding pada Januari 2021 dan lokasi resepsi berkemungkinan di Kuala Lumpur atau Ipoh, Perak. Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada esok, Ahad 20 September 2020 ini.  - KitaReporters

11
4
0
2
0
You will be interested