“Saya pernah di ATM saya Rp89.000 (RM25).” Itulah pengakuan jujur yang dibuat oleh pelakon popular Asia Tenggara, Luna Maya ketika ditanya oleh para wartawan. Pelakon yang berasal dari Indonesia itu mengaku pernah berada dalam situasi cemas dan hidup dengan wang yang amat sedikit disebabkan oleh tabiatnya yang sering melakukan transaksi dalam talian tanpa had. : KitaReporters
Disebabkan terlalu seronok membeli belah dan melayan transaksi dalam talian itu, tiba-tiba akaun banknya hanya berbaki RM25 (89,000 Rupiah).
Pengakuan eksklusif itu dibuat ketika aktres berkenaan ditemu bual oleh para wartawan semasa sesi bersama pelakon dan pengacara Ayu Dewi dalam saluran YouTube milik Luna.
Ketika mana Luna tersedar duit tinggal RM25?
Kata Luna, 37, dia hanya mula tersedar bahawa baki akaunnya telah hampir kehabisan apabila membuat semakan dengan mesin ATM selepas itu.
Walaupun Luna merupakan seorang aktres yang terkenal di nusantara ini, namun beliau sendiri mengakui bahawa wang yang beliau ada tidaklah begitu banyak hingga dirinya boleh dianggap sebagai orang kaya.
“Ya, sudah dipindah-pindahkan wang, lepas lihat balik tak ada lagi duitnya. Bererti kan duit saya tu taklah banyak mana,” katanya sambil tertawa. - KitaReporters
Tags: