Seni & Sukan 11 May, 2020

Nak jual baju tapi miskin idea! Tiru design orang? Plagiat?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Dalam industri fesyen, bukan sesuatu yang mudah bagi pereka fesyen untuk menghasilkan reka bentuk yang terbaik apabila perlu memerah idea bagi mendapatkan satu corak yang mampu memukau pembeli terutama pelanggan setia. Tapi ia menjadi ralat apabila idea yang dicari dengan penat lelahnya, tiba-tiba dapat tahu bahawa ada orang curi atau copy sebiji dengan corak kita. : KitaReporters

 


Dah la tiru, copy lepas tu 'claim' dan tidak bagi kredit kepada pereka yang asal. 

Ini membuatkan pereka asal menjadi marah




Perkara itu dikongsi oleh Kelapa Nyior dalam Facebook dengan mendedahkan bukti bahawa ada pihak cuba plagiat.

Itulah yang terjadi kepada pereka fesyen, Zachrin Jaafar apabila beliau mendakwa ada satu pihak lain telah memplagiat ideanya.

Netizen seperti biasa, menjalankan tugas mereka tetapi pihak tersebut telah memadam komen netizen. 

Tak kan kalau buat corak sendiri kenapa takut hingga padam komen dan tukar akaun Instragam menjadi peribadi. Pelik tapi benar. 




Mungkin terlalu marah, Zachrin telah berkongsi dalam Insta story Zachrinjaafars.official di mana beliau menunjukkan contoh kepada orang ramai bagaimana untuk mendapat idea dalam mencipta sesuatu corak itu.











Malah, netizen dilihat lebih menyokong Zachrin dalam soal ini dan memuji design baju yang dihasilkan itu sangat cantik.





Sepatutnya pada era modernisasi tidak akan timbul lagi isu plagiat apabila kita sudah mempunyai pelbagai kecanggihan teknologi dan hanya perlu mencari serta memerah idea sendiri untuk mendapatkan rekaan kita sendiri. 

Bila terjadi seperti ini, sudah pasti ia memberi kesan kepada banyak pihak dan ini juga salah satu sebab kenapa pereka fesyen sukar untuk terus melonjak naik kerana isu seperti ini. - KitaReporters

0
1
1
0
1
You will be interested