Seni & Sukan 30 Mar, 2020

TIADA BAZAR RAMADAN DI TERENGGANU TAHUN INI

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

SEBAGAIMANA kerajaan Negeri Sembilan dan Melaka yang membuat keputusan tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun 2020 ini, kerajaan Negeri Terengganu juga mengambil langkah sama  bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik Covid-19. : KitaReporters

Kerajaan negeri memutuskan tiada bazar Ramadan tahun ini di seluruh Terengganu bagi menjamin kesihatan rakyat susulan pandemik Covid-19. : Gambar Hiasan 


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr Alias Razak berkata kerajaan negeri telah pun memperhalusi perkara itu dan

pembatalan tersebut dibuat setelah mengambil kira kemaslahatan kesihatan serta nyawa semua pihak.

DR ALIAS RAZAK


"Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan lagi sehingga 14 April 2020, iaitu 10 hari sebelum Ramadan dan mengambil kira suasana tidak menentu ketika ini, Kerajaan Negeri telah mengkaji kesesuaian pelaksanaan Bazar Ramadan tahun ini.

"Ini disebabkan risiko berlakunya kontak rapat adalah amat besar dan akan memberi kesan kepada kebarangkalian untuk berlaku penularan semula virus Covid-19, sekali gus merencatkan usaha kerajaan untuk membasmi wabak ini sepenuhnya.

"Kerajaan Negeri  bersetuju untuk meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan di negeri ini batalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini berasaskan kepada klasifikasi Bazar Ramadan yang tidak termasuk dalam kategori 'essential services'," katanya menerusi satu kenyataan media pada Isnin, 20 Mac 2020.

Tambah beliau, perkara berkaitan pembatalan itu  dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu Bagi Menangani Covid-19 pada Ahad, 29 Mac 2020.

Para peniaga bazar Ramadan disarankan untuk membuat persediaan akibat pembatalan itu dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain. - Gambar hiasan


Ujar Alias lagi,  para peniaga bazar Ramadan disarankan untuk membuat persediaan akibat pembatalan itu dengan mempertimbangkan alternatif-alternatif lain.

"Antaranya usahakan pemasaran perniagaan secara dalam talian, perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk termasuk makanan, gunakan platform seperti Grab Food, Food Panda atau yang seumpama dengannya; atau serta apa saja alternatif lain  difikirkan sesuai, "ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Alias memaklumkan Kerajaan Negeri ucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen tinggi rakyat Terengganu yang berjaya melepasi paras 95 peratus kepatuhan kepada PKP, yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 18 Mac 2020 dan berharap komitmen rakyat akan berterusan hingga ke akhirnya. - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested