SELAMA sebulan selebriti cef popular, Datuk Fazley Yaakob tidak dapat memeluk anak-anaknya kerana terkandas di Singapura sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan. Kemudian setelah berjaya pulang ke Kuala Lumpur, Fazley sekali lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana menjalani kuarantin diri selama 14 hari. : KitaReporters
Fazley menunjukkan suhu badannya yang normal ketika melakukan kuarantin diri.
Bagi yang belum mengetahui, Fazley ke Singapura kerana menjalani penggambaran rancangan Kek Champion untuk episod separuh akhir dan akhir.
Dia diminta oleh pihak produksi untuk menghabiskan penggambaran kerana kesuntukan waktu.
Sepanjang penggambaran di sana, tahap kesihatan Fazley dipantau untuk memastikan dia berada dalam keadaan sihat.
Namun, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segalanya.
Penggambaran yang sepatutnya hanya memakan masa dua
hari berlarutan hingga ke 14 hari kerana PKP yang dikuatkuasakan mulai 18 Mac 2020.
Setelah menghabiskan masa selama sebulan iaitu 14
hari di Singapura, dan 14 hari kuarantin diri di Kuala Lumpur, akhirnya Fazley
dapat memeluk keluarga terutama anak-anaknya.
Momen indah dan mengharukan itu dikongsi oleh Fazley dalam Instagramnya malam tadi (Selasa, 7 April 2020).
Sebelum ini, Fazley pernah berkongsi video dia pulang ke rumah, namun tidak dapat mencium dan memeluk anak-anaknya kerana perlu menjaga jarak ikut peraturan penjarakan sosial (social distancing).
Lebih menyentuh perasaan, anak bongsunya, Alayna Selma atau lebih mesra dipanggil Ellie menangis teresak-esak ketika itu kerana mahu mendapatkan Fazley yang dipanggil dida.
“Im finally home! 30 hari tanpa anak-anak, isteri serta keluarga adalah satu penyiksaan jiwa! Terpisah kerana kerja dan #Selfquarantine adalah sesuatu yang saya tak pernah jangkakan. Saya rasa saya kuat, tapi apabila balik melihat anak-anak, isteri dan ibu, kaki saya longlai, hati saya luluh, air mata saya mengalir tanpa henti. Rindu yang teramat sangat!” tulisnya.
Rata-rata pengikut Fazley di Instagram turut
berkongsi rasa gembira dan terharu dengan momen indah itu.
Sikap tanggungjawab dan patuh pada PKP yang ditunjukkan oleh Fazley boleh dijadikan contoh kepada orang ramai.
Dia sanggup berpisah dan mengorbankan perasaan rindu terhadap keluarga demi kebaikan semua.
Jadi, sekirannya anda mempunyai kontak rapat dengan mana-mana kluster Covid-19 atau baru pulang dari luar negara, hendaklah kuarantinkan diri selama 14 hari. - KitaReporters