Gambar hiasan. - Kredit foto: lifestysle.com
SEBANYAK 3,000 pek barangan keperluan dan 15 tan kurma disumbangkan oleh Raja Arab Saudi kepada penduduk Islam di Indonesia terutama anak yatim dan golongan memerlukan.
Raja Salman Abdulaziz turut berbesar hati menghulurkan
sumbangan 10,000 pek berbuka untuk diagihkan kepada golongan yang
memerlukan khususnya anak yatim dan pasukan perubatan.
Simbolik pemberian itu dilakukan oleh Duta Arab Saudi
di Indonesia, Esam Abid Althagafi kepada Ketua Pengarah Komuniti Islam
Kementerian Agama, Kamaruddin Amin di pejabat atase Kedutaan Arab Saudi di
Jakarta.
Pada masa sama, sebanyak 30,000 naskhah Al-Quran
dengan terjemahan bahasa Indonesia turut disumbangkan oleh kerajaan Arab.
Menurut Esam, pemberian Raja Salman itu menandakan
bukti hubungan erat antara kedua-dua negara.
“Hubungan bilateral antara Arab Saudi dan Indonesia sangat kuat. Kami juga mahu membuktikan hubungan dengan rakyat di Indonesia sangat rapat terutamanya semasa bulan Ramadan,” katanya yang dipetik laporan kompas.com, opada Sabtu 17 April 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter