Seni & Sukan 27 May, 2022

Video| Tolong pak! Kekasih suami ditarik rambut, dibelasah isteri! Dicekup berduaan dalam kereta!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

Kredit foto-foto: Tangkap layar video IG Kabar Negri


NASIB malang seorang wanita selingkuh yang terpaksa menjerit meminta pertolongan dengan orang lain selepas dia dibelasah dan ditarik rambutnya di khalayak ramai oleh seorang isteri yang sah akibat wanita itu berduaan dengan suaminya di dalam kereta di Pekanbaru, Riau, Indonesia, baru-baru ini. 

Tindakan isteri terbabit yang sangat marah terhadap wanita selingkuh itu berada bersama suaminya kerana dari awal lagi wanita itu sudah menduga suaminya sering keluar bersama skandalnya.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kesalahan berselingkuh


Sebuah video dengan aksi seorang isteri yang menyerbu suaminya di dalam sebuah kereta di tepi jalan hadapan pusat beli belah di Pekanbaru selepas dipercayai suaminya sedang berduaan dengan wanita selingkuh itu telah dimuat naik akaun Instagram @andreli.48 pada 19 Mei 2022 lalu.

‘’Kejadian tersebut berlaku di depan Ramayana, Jalan Sudirman Pekanbaru,’’ tulis pemilik akaun sebagai keterangan video seperti dipetik dari portal prfmnews.id pada 20 Mei 2022.

Dalam video itu, terlihat seorang wanita berbaju biru (isterI) memakai topi keledar berada di pintu kereta hadapan di bahagian pemandu dan ternampak seorang lelaki dipercayai suami wanita berbaju biru itu.

Wanita baju biru itu tersangat marah lalu menarik tangan dan rambut seorang wanita yang memakai baju merah dipercayai wanita selingkuh suaminya.


Kredit foto-foto: Tangkap layar video IG Kabar Negri


Akibat pergaduhan itu, wanita baju merah itu menjerit meminta pertolongan daripada orang lain selepas wanita baju biru membelasah dan beberapa kali menarik rambutnya.

‘’Aduh pak, tolong pak, tolonglah pak,’’ jerit wanita selingkuh.

Beberapa orang awam yang  berada di tempat kejadian menasihat serta meleraikan pergaduhan dua wanita terbabit yang sudah pasti memalukan kepada orang ramai terutama perempuan simpanan itu.

Turut meleraikan pergaduhan itu yang menyebabkan kedua-dua wanita berkenaan terjatuh di atas jalan, seorang anggota tentera yang kebetulan berada di situ.



Sebelum itu, wanita berbaju merah berada di dalam kereta tetapi ditarik keluar oleh isteri lelaki itu dan wanita selingkuh dalam ketakutan keluar dari kereta itu.

Selepas kejadian tersebut, wanita selingkuh itu dengan perasaan malu menghilangkan diri dari tempat kejadian yang didatangi orang ramai untuk melihat peristiwa itu.

Video itu yang ditularkan dalam media sosial mendapat pelbagai komen daripada netizen dan kebanyakan mereka begitu geram dengan lelaki itu yang mempunyai wanita simpanannya.

Ada yang mengatakan, berselingkuh memang menyeronokkan bagi kaum lelaki tetapi jika tersilap langkah, perbuatan suaminya dapat dihidu oleh isterinya sudah pasti ia akan memalukan dan menyakitkan. - KitaReporters


Kredit foto-foto: Tangkap layar video IG Kabar Negri

8
19
0
11
0
You will be interested