Seni & Sukan 23 May, 2022

Meriah sungguh! Sambutan Hari Guru 2022 peringkat daerah Besut! Usaha Pejabat Pendidikan Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SELEPAS dua tahun sambutan Hari Guru dalam situasi lesu dan tidak bermaya akibat kengkangan pandemik COVID-19 yang menyebabkan semua aktiviti bersemuka tidak dapat dilaksanakan kini sambutan kembalki meriah dan ceria dengan penganjuran pelbagai aktiviti menarik diadakan oleh pihak penganjur. 

Peluang ketika negara beralih mengikut pelan pemulihan daripada pandemik kepada status endemik, sambutan Hari Guru 2022 kembali segar dan meriah bukan sahaja disertai golongan pendidik malah ibu bapa dan komuniti setempat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Hari Guru

Idris melakukan pelepasan acara kayuhan basikal sempena sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Besut


Idris berbaju batik hitam bersama Muhamad Pehimi (kanan) dan Abdullah (kiri) menunjukkan banner program kayuhan basikal


Pejabat Pendidikan Daerah Besut mengambil inisiatif bergabung tenaga dengan jabatan dan agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menganjur pelbagai program sepanjang sambutan bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”.

Pegawai Pendidkan Daerah Besut, Abdullah Zawawi Yahya berkata, sepanjang tembutan tersebut pihaknya menganjurkan pelbagai program termasuk festival bowling, hari guru peringkat sekolah, program derma darah, ziarah mahaban, solat hajat, dan bacaan yasin serta tahlil.


Permulaan kayuhan di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah,Jertih


Kata Abdullah, program terbaharu pada Sabtu 21 Mei 2022, pihaknya menganjurkan program “Kayuhan Fun Ride 2022” basikal yang dianggap kemuncak aktiviti sempena sambutan berkenaan.

Program dengan kerjasama Kelab Berbasikal Daerah Besut mendapat sambutan menggalakkan apabila  seramai 250 peserta menyertai acara kayuhan


Peserta melalui sebuah jambatan kecil di Pasir Akar, Hulu Besut


Peserta melalui sebuah kampung tradisional


Peserta memulakan kayuhan dari Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jertih dan mengelilingi kampung-kampung tradisional sekitar Kawasan Hulu Besut yang membabitkan kayuhan sejauh 29 kilometer.

Pengerusi FELDA Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut, melakukan upacara pelepasan peserta. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih Datuk Muhamad Pehimi Yusof.

“Sempena program itu pihaknya turut menyediakan hadiah khas dengan dua buah basikal, 50 hamper dan barangan elektrik sebagai galakkan kepada peserta,” kata Abdullah. - KitaReporters


Peserta wanita tidak ketinggalan menyertai acara kayuhan basikal

20
13
1
15
0
You will be interested