Seni & Sukan 09 Jun, 2022

Video| Tahniah Janna, Aepul! Lagu Gatal dapat perhatian PSY! MV Gatal dah ditonton lebih 8j kali!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Aepul, pencipta melodi dan lirik lagu 'Gatal'

Lagu ‘Gatal’ nyanyian Janna Nick, 27, dan dicipta melodi dan liriknya oleh Aepul, 34, iaitu penyanyi Drama Band berjaya trending di dalam dan luar negara.

Sejak dimuat naik dalam YouTube pada 9 Februari 2022, video muzik (MV) lagu ‘Gatal’ telah ditonton lebih 8 juta kali setakat 12 tengah malam 8 Jun 2022. Ekoran itu, lagu ‘Gatal’  cepat popular di seluruh dunia hingga menjadi lagu latar dan diubah lirik kepada sejumlah bahasa di dunia. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kehidupan  Janna Nick

PSY (kanan) tertarik dengan lagu 'Gatal' nyanyian Janna Nick

Perkembangan terbaharu lebih membanggakan Janna Nick (Nurul Jannah Muner) sebagai penyanyi dan Aepul (Noor Syaiful Mohd Zalaludin) selaku pencipta.

Ini kerana lagu ‘Gatal’ menarik perhatian penyanyi dan pencipta lagu bergenre hip hop terkenal Korea Selatan, PSY yang popular di seluruh dunia dengan lagu ‘Gangnam Style’.

PSY atau nama sebenarnya, Park Jae-sang, 44, ternyata tertarik dengan nyanyian dan melodi ‘Gatal’  dan memperlihatkan keterujaannya dalam video dalam Instagramnya

Terlihat PSY ketika sedang berehat sambil menyanyikan lagu ‘Gatal’. 





PSY yang juga seorang penari professional berjaya mempopularkan sejumlah lagu ‘hip hop’ Korea Selatan ke hampir seluruh dunia. Lagu ‘Gangnam Style’ pernah menjadi ikutan masyarakat dunia. Instagram @42py42 mempunyai 2.6 juta pengikut.

Video muzik ‘Gangnam Style’ yang dimuat naik dalam YouTube pada 15 Julai 2012 telah ditonton lebih 4.4 bilion kali. - KitaReporters


10
13
0
14
0
You will be interested