Seni & Sukan 16 May, 2022

Video| Hati duda, 69, terpaut di sawah padi! Nikahi janda, 19! Mas kahwin RM4,500, sebidang tanah!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

ANDI kelihatan asyik ketawa di samping isteri tersayang, Ina selepas selesai majlsi ijab kabul  i Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan pada 8 Mei 2022. - Kredit foto: Bulan Seri Indra Maya


PERTAMA kali bertemu pada musim menuai padi telah membuahkan benih-benih cinta antara kedua-dua insan yang berbeza usia 50 tahun sehingga seorang duda berumur 69 tahun nekad untuk berkahwin dengan janda muda itu dengan mas kahwinnya Rp15 juta (kira-kira RM4,500) dan sebidang tanah seluas satu hektar pada 8 Mei 2022 lalu.

Pernikahan duda terbabit, Andi Linge dengan Ina berumur 19 tahun telah mengemparkan masyarakat Desa Sanrego, Kecamatan Kahu, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia akibat perbezaan umur yang besar itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kahwin isteri muda

ANDI dan Ina. - Kredit foto: GridHITS.id



Walaupun jarak usia mereka amat besar tetapi bagi Ina ia tidak menjadi penghalang untuk menerima Andi sebagai teman hidupnya malah dia beryakinan suaminya itu  adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab. 

Pernikahan antara lelaki tua dengan janda muda atau gadis muda adalah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di wilayah itu dan ia tidak mengejutkan kecuali menjadi gempar untuk seketika sahaja.

Sebelum itu, pada 7 April 2021 lalu, seorang lelaki bernama Bora berumur 58 tahun telah bernikah dengan seorang gadis cantik, Ira Fazilah berusia 19 tahun di Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan.

Pernikahan yang terjadi di Desa Bana, Kecamatan Bantocani itu kemudian menjadi viral dalam media sosial.


BORA bahagia disisi isteri muda yang cantik bernama Ira Fazilah selepas bernikah pada 7 April 2021 lalu. - Kredit foto : SuaraSulsel.id


Begitu juga dengan perkahwinan Andi dan Ina itu, ia turut ditularkan oleh Andi Yaya Bulqiez Maddenuang  dalam media sosial dan dalam video berdurasi 40 saat kelihatan beberapa orang berada bersama kedua-dua mempelai itu pada acara pernikahan mereka.

Seperti dipetik dari portal viva.co.id pada 11 Mei 2022  melaporkan selepas selesai majlis akad nikad itu, Ina dengan malunya mencium tangan yang dihulurkan suaminya.


Kredit foto: Tribunnews.com


Dalam video itu yang beredar dalam Facebook, kelihatan Andi asyik tersenyum memanjang dan ketawa manakala Ina dilihat masih malu-malu lagi.

Andi yang kematian isterinya sejak dua tahun lepas sementara Ina menjadi janda selepas berpisah dengan suaminya dahulu. 

Andi mengaku meskipun dia baru mengenali Ina tetapi hatinya cepat terpaut dengan janda itu mempunyai ciri-ciri wanita yang menjadi idamannya.

“Saya bertemu dia (Ina) ketika dia mula-mula bekerja di sawah padi saya sebagai buruh pada musim menuai padi lalu dan saya tertarik dengan cara dia bekerja dan bergaul dengan rakan-rakannya,’’ ujarnya.


INA mencium tangan suaminya selepas selesai upacara akad nikah. - Kredit foto : Tribunnews.com 



Hubungan antara duda dan janda itu bukan berakhir setakat itu sahaja malah mereka semakin mesra apabila mereka sering bertemu yang akhirnya Andi menyuara hasrat hatinya untuk melamar janda itu yang dipersetujui ibu bapa Ina.

‘’Tidak salah kan, sebagai mengenangkan pertemuan saya bermula di sawah padi maka saya bagi sebidang tanah kepada Ina sempena dengan pernikahan kami,’’ kata Andi yang merupakan pengusaha sawah padi di kampung itu. - KitaReporters


 

12
20
0
11
0
You will be interested