BALU pelawak Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali (Hidayah), 28, sebak melihat kereta jenama Toyota Vellfire warna hitam dengan nombor plet BNP 639 berada di jalan raya dengan dipandu oleh orang lain.
Kereta itu mempunyai kenangan lalu yang indah apabila pernah menjadi kenderaan bagi arwah suami, Abam, dirinya dan anaknya Syed Uthman Hamzah yang baru berusia kira-kira setahun.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan arwah Abam Bocey
Kereta itu yang dibeli beberapa bulan sebelum Abam (Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan) meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 33 tahun.
Kini ia sudah dijual kepada orang lain setelah ia menjadi perbalahan keluarga. Ia membuat Hidayah dan Hamzah terpaksa pindah ke kampung orang tuanya di Sabak Bernam, Selangor.
"Ternampak kereta arwah suami, BNP 639. Hanya tinggal kenangan. Hamzah nanti doakan perniagaan ibu berjaya. Boleh ibu beli kereta macam arwah ayah. Ayah pernah kata untuk keselesaan anaknya."
Menerusi entri tersebut, Hidayah berkata kereta jenis Toyota Vellfire itu hanya tinggal kenangan selepas ia dibeli oleh orang lain.
Bagi menghilangkan kelukaannya kehilangan Abam secara mengejut dan kurang diambil berat oleh keluarga arwah, Hidayah mengambil keputusan untuk kembali kepada keluarganya di Sabak Bernam, Selangor dan memulakan perniagaan sendiri termasuk memulakan perniagaan kosmetik dalam talian.
Hidayah berharap perniagaannya akan mendapat sambutan bagi memberi kehidupan lebih selesa buat dia dan Hamzah.
Ali Puteh baru-baru ini berkata dia bercadang mengadakan pertemuan dengan Hidayah untuk menyelesaikan masalah berbangkit. Namun ia belum menerima maklum balas Hidayah. - KitaReporters