Seni & Sukan 13 Jun, 2022

Video| Siti Aafiyah mulai tadika! Siti Nurhaliza sebak, terharu! Hantar ke tadika ditemani Datuk K!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Mula memasuki alam persekolahan bermula dari tadika menjadi pengalaman berharga yang tidak dapat dilupa oleh ibu bapa dan si anak kecil

Ibu bapa pasti akan merasakan perasaan berdebar-debar melihat reaksi si anak melangkah ke alam persekolahan. Begitu juga si kecil ada yang tidak sabar untuk ke sekolah/tadika.

Pengalaman ini dirasai penghibur terkenal Datuk Sri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, yang sebak dan teruja menghantar anak sulungnya Siti Aafiyah ke sebuah tadika pada pagi Isnin, 13 Jun 2022.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan si kecil Siti Aafiyah

Siti Nurhaliza dan suami membawa Siti Aafiyah pada hari pertama masuk tadika

Siti menghantar Aafiyah ke sebuah tadika dengan ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K. Menerusi Instagramnya, Siti berkongsi momen anak perempuannya itu teruja bangun awal pagi untuk bersiap ke tadika.

Siti hampir mengalirkan air mata kerana terharu, memandangkan Aafiyah begitu seronok ketika dihantar ke sekolah hingga terlupa untuk mencium tangan dia dan suami.


"Alhamdullillah, hari ini hari pertama Aafiyah masuk pre-school. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan, dia kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.

"Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah. Semangat betul dia nak ke sekolah...

Subhanallah.

"Sampai sekolah, depan pintu kelas dia terus masuk tak tengok belakang dah. Ayah, ibu yang panggil minta salam. Ibu nak menangis tapi tahan saja," tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Siti turut berkongsi foto dia bersama suami dan Aafiyah yang memakai baju seragam tadika. 

Siti Aafiyah tenang tidur bersama si ayah. - Kredit foto: lG CTDK

Rata-rata netizen memuji penampilan Aafiyah yang kelihatan kemas dan tidak menyangka puteri sulung penyanyi berusia 43 tahun itu sudah memasuki alam persekolahan.

"Semoga Allah SWT pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akhirat. 

"Dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. (Terima kasih Cikgu Na bantu Aafiyah)," kata Siti.

Perkahwinan  Siti Nurhaliza dan Datuk K pada 21 Ogos 2006 dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, yang genap 4 tahun pada 19 Mac 2022, dan Muhammad Afwa yang berusia kira-kira setahun.

Nanti apabila Siti Aafiyah memasuki Darjah Satu, Afwa pula bakal merasa pengalaman memasuki tadika. - KitaReporters


17
8
0
12
0
You will be interested