PENYANYI Indonesia, Aurel Hermansyah, 23, diberi layanan seperti VIP untuk bersalin secara pembedahan cesarean anak pertamanya pada tarikh cantik Selasa, 22.02.2022 (22 Februari 2022) lalu.
Suaminya, Atta Halilintar, 27, seorang Youtuber terkenal memberi sambutan mewah bagi kelahiran anak sulung Aurel dan dirinya. Atta menyewa setingkat Hospital Bunda iaitu sebuah hospital kelas mewah di Jakarta bagi urusan rawatan dan penginapan anggota keluarga.
Anggota keluarga yang jumlahnya puluhan terdiri daripada anggota keluarga Atta, keluarga ibu Aurel dan keluarga bapa dan ibu tiri Aurel.
Lagi ceita-cerita menarik berkaitan kelahiran
Aurel Hermansyah juga terlihat meminta restu dari ayah tercinta, Anang Hermansyah sebelum memasuki bilik bedah untuk bersalin secara cesarean.
Krisdayanti dengan penuh kasih sayang mencium Aurel dan mendoakan anak kesayangannya itu.
Aurel dan adiknya Azriel dibesarkan oleh ayah mereka Anang Hermansyah dan Ashanty Hastuti selaku ibu tiri yang memberi layanan baik seperti ibu sebenar.
Ibu Aurel, penyanyi Krisdayanti hanya baik dengan Aurel setelah dia dewasa. Krisdayanti yang juga anggota Parlimen Indonesia meninggalkan Aurel dan adiknya Azriel ketika masih kecil untuk berkahwin dengan jutawan Timor Leste, Raul Ramos pada 2009.
Sepasukan petugas Atta merakam dalam video detik sebelum hingga selepas Aurel bersalin dan dimuat dalam YouTube AT.
Sebagai tanda sokongan anggota keluarga terdekat memakai pakaian warna merah jambu atau pink.
Sebelum memasuki bilik bedah, Aurel terlebih dulu meminta restu kepada orang tuanya, Krisdayanti, Ashanty, dan Anang Hermansyah.
Kelihatan Atta Halilintar dalam keadaan panik menemani Aurel yang akan segera melahirkan.
Ketika berada di bilik bedah, Atta tetap menemani Aurel. Atta bahkan sampai menangis ketika memberi semangat untuk Aurel Hermansyah.
Selepas anaknya lahir, Atta terus mengazankan bayinya. Kelihatan Atta khusyuk mengumandangkan azan pada telinga puteri kecilnya.
Setelah berakhir proses bersalin, para doktor dan jururawat bergambar kenangan dengan Atta, Aurel dan si bayi.
Tindakan Atta merakam detik sebelum hingga setelah melahirkan adalah untuk kandungan YouTubenya, AT Channel.
AT Channel kini mempunyai 5.4 juta pengikut dan memberi keuntungan lumayan kepada Atta melalui perniagaan saluran YouTube. - KitaReporters