Gaya Hidup 18 May, 2021

Berita Terkini| Ziarah raya! Keluarga Norman Hakim, Abby Abadi pula beri keterangan kepada polis

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.


POLIS telah merekod keterangan lima individu termasuk selebriti iaitu Norman Hakim dan Abby Abadi berikutan dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana melakukan amalan ziarah raya pada hari raya pertama pada Khamis, 13 Mei 2021 lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, keterangan kelima-lima individu itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Selasa, 18 Mei 2021.

"Sehingga kini pihak Polis Ampang Jaya telah merakam keterangan lima orang termasuk selebriti dan tuan rumah.

"Kes masih dalam tindakan dan akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media di Ampang pada Selasa, 18 Mei 2021.

Terdahulu, tular dalam media sosial gambar keluarga selebriti terbabit menyambut hari raya bersama yang disyaki walaupun mereka tidak tinggal serumah.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman selebriti berkenaan di Hulu Kelang, membabitkan kira-kira 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Mohamad Farouk berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis berkaitan kes terbabit.

Kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
1
1
0
0
You will be interested

Video| Suara Jaclyn Victor terjejas! Alami sinus kronik! Akan jalani pembedahan segera selepas GV9!

Jaclyn Victor dedahkan dia punyai masalah sinus kronik kerana saluran hidung bengkok yang beri kesan kepada suara, nyanyiannya. Akan buat pembedahan selepas GV9

Boleh dengar Molek FM di Kuantan! Menerusi frekuensi 100.4! Sembang santai dengan Gu Pantai Timur!

Pendengar di Kuantan boleh dengar siaran radio yang tepati citarasa, halwa telinga mereka dengan kemunculan stesen radio terbaharu Molek FM (frekuensi 100.4)
Nur Ain Darwishah in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Erma Fatimah minta Zul Ariffin jelaskan! Siapa malaikat dimaksudkan! Tiada siapa nak ngaku!

Erma mahu Zul jelas siapa dimaksudkan malaikat itu. Jika tak isu itu akan terus panas kerana tiada siapa akan mengaku suruh Zul muat naik video kurang sopan itu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Tolong kami! Bantu Roslan Saleh! Semakin uzur! Mata dibutakan! Kawal penyakit kencing manis!

Menurut Ustaz Taufik yang melawatnya, kesihatan Roslan Saleh kian memburuk. Bagi kurangkan kesan sakit kencing manisnya, doktor terpaksa matikan saraf matanya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 10 hours ago

Piala AFC 2022: Kevin Mendoza wira KL City ke pentas akhir! Tewaskan Sogdiana 5-3! Sepakan penalti!

Kevin Mendoza jadi wira untuk bawa Kuala Lumpur City (KL City) FC mara ke pentas akhir Piala AFC 2022 selepas tewaskan FC Sogdiana 5-3 menerusi sepakan penalti
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 13 hours ago