Seni & Sukan 22 Oct, 2020

Kotornya! 6 pekerja, 50 jam sental bersih rumah warga emas!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

TIDAK ramai antara kita yang sanggup melakukan kerja-kerja pembersihan terutama melibatkan kawasan yang kotor, lagipun rutin membersih pasti tidak menjadi kegemaran ramai. Keadaan itu membuatkan rumah akan bertambah buruk sering dengan peningkatan masa. : KitaReporters


JIJIK keadaan dapur yang tidak terurus menyebabkan pekerja syarikat pembersihan mengambil masa yang lama untuk mencucinya. : Kredit foto: My Kind of Clean.


Lagi cerita-cerita berkaitan kebersihan:

https://kitareporters.com/search?search=kebersihan


Baru-baru ini, sebuah syarikat pembersihan yang berpangkalan di Lancaster, England, My Kind of Clean berjaya mentransformasikan sebuah rumah yang kotor menjadi kediaman yang sangat cantik dan bersih

Lebih mengejutkan syarikat pembersihan berkenaan yang dibantu enam pekerja lelaki terpaksa memperuntukan 50 jam semata-mata bagi membersih keseluruhan rumah di Dalton, Cumbria.

Memetik laporan Dailystar.co, rumah teres dua bilik itu dihuni oleh seorang warga emas yang berusia kira-kira 80 tahun dalam keadaan sangat menjijikkan.


KEADAAN tandas yang kotor dan tidak terurus tetap digunakan oleh warga emas berkenaan.


Boleh pulak dia tinggal dalam keadaan kotor dan busuk tu kan?

Menurut pengasas syarikat pembersihan yang turut mengetuai kerja-kerja pembersihan tersebut, Emma-lea Dalton, rumah berkenaan sangat tidak terurus dan berada dalam keadaan yang sangat menjijikkan.


BERSIH selepas kakitangan syarikat membersihkan dan membaik ulih bahagian yang rosak di tandas berkenaan.


Malah tidak menyangka rumah yang kotor itu tergamak didiami seseorang.

Pemiliknya yang merupakan lelaki warga emas itu langsung tidak membersihkan kediaman selepas kematian isterinya sejak beberapa tahun lalu dan meneruskan kehidupan dalam keadaan rumah yang tidak terurus.

BAHAGIAN dapur kelihatan seperti tidak pernah dibersihkan menyebabkan keadaan lantai berlumut dan busuk.


Mungkin terlalu rindukan si isteri menyebabkan dia langsung tidak mengusik dan membersih peninggalan isterinya.

Tetapi tergamak pula dia tinggal dalam keadaan yang kotor dan menjijikkan!

HASIl transformasi bahagian dapur kelihatan cantik seperti kediaman baharu


Malah beberapa ruang di kediaman juga terbiar walaupun perlu dibaik pulih termasuk di bahagian dapur dan tandas. 

Seorang daripada pekerja syarikat pembersihan itu memberitahu, rumah yang perlu dicucinya itu terlampau kotor dan menggambarkannya sebagai “rumah yang paling teruk yang pernah dilihatnya.”

Malah, pekerja pembersihan perlu memakai alatan dan pakaian khas ketika melakukan operasi pembersihan selain memerlukan kerja keras bagi membersihkan kesemua bahagian di dalam rumah berkenaan.

Paling teruk di bahagian tandas yang kelihatan terlalu kotor dengan keadaan yang tidak terurus.

RUANG tamu yang sempit dalam keadaan tidak teruras dengan timbunan sampah 


Beberapa gambar keadaan rumah yang belum dicuci dan selepas dibersihkan turut dikongsikan. Malah sejumlah besar sampah juga berjaya dikumpulkan sepanjang operasi pembersihan berkenaan.

Namun selepas dibersihkan, pemilik rumah berkenaan yang enggan dikenali sangat teruja selepas melihat ‘rumah baru’ tersebut. Malah tidak menyangka rumah berkenaan boleh kembali ‘hidup’ dan menjadi cantik semula selepas dibersih dan diubahsuai kedudukannya.

Kan dah bersih dan cantik... hati pun tenang! Betul tak?? - KitaReporters


2
9
0
1
0
You will be interested