Seni & Sukan 02 Nov, 2020

Langkah Poovaa! Karya single pertamanya dalam bahasa Melayu!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Artis ini sudah sedekad berada dalam industri hiburan namun namanya, Poovaa barangkali masih belum begitu dikenali dalam kalangan penyanyi arus perdana. Mungkinkah lagu single pertamanya dalam bahasa Melayu, ‘Karya’ mampu melonjakkan Poova sebaris Jaclyn VIctor contohnya. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan single terbaharu:

https://kitareporters.com/search?search=single


Apa pun, yang pasti Poovaa tentu rasa bangga apabila pernah mendapat pujian daripada penyanyi legenda antarabangsa, Michael Bolton yang menganggap beliau memiliki suara emas dan mempunyai bakat muzik yang kukuh terutama dalam bidang nyanyian.



Komen daripada Michael Bolton itu diterimanya ketika pemilik bernama penuh Poovanesvary Sri Rama, 39,  itu beraksi pada  program realiti ‘Asian Dream Talent Show’ ketika Bolton bertindak sebagai juri, sekali gus pengarah eksekutif rancangan yang disiarkan di saluran AXN pada Ogos 2020.

Apabila disebut suara emas, penulis terbayangkan biduanita Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang antara penyanyi legenda yang disebut ramai memiliki suara emas.

Adakah vokal Poova sebegitu mantap dan merdu seperti arwah Kak Pah? Hanya anda boleh memberikan penilaian sebaik mendengar lagu ‘Karya’ ciptaan Omar K, Shazee Ishak dan Firdaus Ishak ini.


Foto kredit Instagram @i_am_poovaa.


“Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni suara, saya akhirnya beranikan diri untuk menghasilkan single Melayu pertama bagi menembusi pasaran tempatan dan ‘Karya’ merupakan percaturan saya dalam mengembangkan bakat yang sedia ada,” ujar Poovaa terhadap single lagu Melayu pertamanya itu.

Bercerita lanjut jelas Poovaa, ‘Karya’ menceritakan tentang sebuah kisah cinta yang di mana permulaannya semua indah belaka tanpa sebarang persengketaan kemudian berakhir dengan kesedihan.

“Setiap daripada kita ingin mengecapi kebahagiaan akan tetapi banyak permasalahan yang berlaku, ketidakbahagiaan yang berpanjangan tanpa persefahaman akhirnya menjurus kepada perpisahan,” tambah Poovaa.



Pun begitu, beliau percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya di mana kita harus kuat untuk meneruskan kehidupan hari-hari mendatang, semoga ia menjadi pemangkin untuk kejayaan  tanpa menoleh kebelakang lagi.

“Itulah antara isi cerita di sebalik lagu ‘Karya’ ini,” ujar Poovaa.

Pemenang VIMA Awards pada tahun 2013 dan 2014 ini meminati bidang muzik sejak kecil, di mana seawal usia 7 tahun beliau mula menghadiri kelas piano dan berjinak-jinak dalam penghasilan lirik dan melodi sehingga dewasa.

“Hanya setelah beberapa tahun lalu baru saya mula menceburi bidang muzik secara profesional dan kini hampir sedekad, banyak yang telah saya lalui dan pelbagai pengalaman yang saya timba, dan saya rasakan sudah cukup bersedia untuk melebarkan sayap ke peringkat seterusnya,” akui Poovaa.

Album pertamanya  dalam Bahasa Inggeris berjudul ‘Ticket To Faketown’ melonjakkan nama Poovaa apabila memenangi kategori Artis Baru Terbaik pada AIM 2014. Dari situlah namanya mula meniti dalam kalangan artis tempatan serta segelintir peminat lagu-lagu Inggeris.


Bersama Joe Saiful dari Joe PRC International.

“Saya berharap agar masyarakat Malaysia dapat menerima ‘Karya’ dengan hati terbuka dan memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kerjaya nyanyian pada masa akan datang, dan dengan pertolongan dari pihak pengurusan Joe PRC International, saya yakin percaturan ini bakal membuahkan hasil,” yakini Poovaa.

Jadi jika korang nak dengar suara emas Poova boleh muat turun lagu ‘Karya’ di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman dalam talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. 

Manakala video muzik lagu  yang boleh dikategorikan sebagai 'Lagu Baru Nak Up' ni,  ‘Karya’   boleh ditonton secara eksklusif dalam saluran YouTube I am Poovaa.  Jom! Kita layan sekejap… - KitaReporters 


0
0
0
0
0
You will be interested