Seni & Sukan 22 Aug, 2020

Sepandai-pandai tupai! Ditembak mati angkara tebuk durian!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

"SAYA sedar pencinta haiwan tak akan setuju dengan langkah ini. Peminat lagu 'Anak Tupai' nyanyian pendikir tersohor Halim Yazid pun akan marah. Tapi operasi ini dah jadi satu keperluan disebabkan banyaknya buah yang rosak angkara tupai,” begitulahlah catatan ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Setiu, Dr Azman Ibrahim menerusi Facebook milik beliau. : KitaReporters 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim (tiga dari kiri) melihat tupai yang mati ditembak  dalam operasi di Kampung Kuala Kubang, Jabi 


Dr Azman merujuk kepada tindakan pihak terbabit yang terpaksa melancarkan operasi menembak tupai yang didakwa mengganas dengan menebuk buah durian milik penduduk di Kampung Kuala Kubang, Jabi, dekat Jertih. 

Katanya, Kampung Kuala Kubang adalah antara kawasan kebun durian tersohor di DUN Jabi tetapi sayang banyak buah mengalami kerosakkan kerana serangan tupai menyebabkan pemilik kebun durian mengalami kerugian disebabkan buah menjadi berlubang dan rosak

Beliau berkata, berikutan serangan haiwan terbabit pihaknya mengadakan operasi menembak tupai bagi mengelak kejadian lebih buruk sehingga menjejaskan pendapatan pekebun durian. 

Dr Azman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, berkata, aktiviti itu merupakan program komuniti untuk mengurangkan makhluk perosak yang memusnahkan kualiti durian dan buah-buahan lain. 

Dr Azman (tengah) bersama anggota Rela,Perhilitan dan Polis yang menyertai operasi menembak tupai di Kampung Kuala Kubang, Jabi


Katanya, kira-kira 30 anggota Jabatan Rela, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perhilitan dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) terbabit dalam operasi bersepadu  yang dijalankan pada semalam, Jumaat 21 Ogos 2020.

Beliau berkata, menerusi operasi itu 100 ekor tupai ditembak mati dalam Program Mengurangkan Musuh Tanaman Tupai di sekitar kebun durian Kampung tersebut.

"Di sini adalah antara kawasan kebun durian tersohor di Jabi. Durian Kuala Kubang ada jenama dan kualiti tersendiri. Sayangnya banyak yang ditebuk tupai,”katanya.

Dr Azman menunjukkan durian milik penduduk yang ditebuk tupai dan menyebabkan pemilik kebun durian mengalami kerugian besar.


Katanya, apabila berlaku konflik, akan ada pihak yang terpaksa menjadi mangsa. Kita memahami sesama makhluk Allah, tetapi manusia menjadi keutamaan kita.

Beliau berkata, program seumpama itu akan dibuat secara berterusan kerana ia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh orang kampung.

Dr Azman menunjukkan sekor tupai yang berjaya ditembak beliau dalam operasi bersama anggota Rela, Polis dan Perhilitan


Dalam perkembangan lain, katanya,  Jabatan Pertanian juga akan menekankan sistem pengairan serta pembajaan yang teratur di kebun-kebun durian bagi menghasilkan buah yang berkualiti.

"Persetujuan telah dibuat bersama Perhilitan. Insya-Allah, program selepas ini menyasarkan khinzir dan kera pula. Mudah-mudahan langkah yang diambil di samping banyak lagi program di bawah Jabatan Pertanian, kita boleh tingkatkan lagi hasil untuk orang kampung kita khususnya dalam musim buah," katanya. - KitaReporters

25
9
8
8
27
You will be interested