DI MALAYSIA, kita ada pelbagai loghat mengikut negeri dan adakalanya apa yang kita katakan atau perkataan yang digunakan itu membuat pendengar tertanya-tanya apa maksudnya. Ini terjadi kepada seorang Pak Cik yang dikenali Abu Hasan Musa yang ditemu bual oleh wartawan TV3 mengenai 'Sambutan Sederhana, Namun penuh hikmah.' : KitaReporters
Kredit foto: YouTube @aznizam azmi
Kredit video: FB Zackhi Ahmad Suri
Yang menjadi tumpuan para netizen adalah jawapan Abu Hasan ini yang menggunakan perkataan "ghembiang".
Tidak cukup setakat itu, beliau sempat bertanyakan kepada wartawan sama ada tahu atau tidak maksud ghembiang sebelum beliau memberi tahu maksudnya.
Bagi mereka yang pertama kali mendengar, sememangnya agak sukar untuk faham akan maksud tersebut.
Ghembiang adalah di mana seseorang itu perlu membawa banyak barang pada tangan.
Biasa orang guna, "tak menang tangan nak bawa".
Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh Zachki Ahmad Suri dalam akaun Facebooknya itu telah mendapat tontonan sebanyak lebih 230,000 setakat 7 malam, Ahad, 26 April 2020.
Netizen yang terhibur dengan cara Abu Hasan itu telah memberi pelbagai komen.