Seni & Sukan 13 Oct, 2021

Covid-19 tak jejaskan usaha teroka pasaran produk Klappers! Kelab usahawan bantu pulihkan bisnes!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

SILA.. sebahagian daripada produk yang dihasilkan oleh pengasas kosmetik tempatan. Promosi di kiosk Pusat Beli-Belah AEON Anggun, Rawang.


NAMA Klapppers agak unik sebenarnya. Tapi produk kecantikan ini sebenarnya sudah 10 tahun berada di pasaran. Dahulu sebelum wabak bermula, pengasasnya Muziana Mohamaed @ Jee mempunyai ramai ejen terbaik termasuk di Sarawak untuk membantunya memasarkannya ke seluruh negara.

Nama Klapppers sebenarnya kelapa. Klappers adalah produk kecantikan yang dihasilkan menggunakan bahan utama iaitu minyak kelapa dara. Dan selain memasarkan dalam online, Jee juga sudah berjaya melahirkan berpuluh-puluh 'pelajar' yang kemudian mengusahakan produk itu menggunakan nama mereka sendiri.

Hari ini, selepas hampir dua tahun diiuji dengan cabaran wabak Covid-19, Jee kena bangkit semula. Menyusun strategi, memperkemaskan semula kedudukan ejen dan melancarkan produk itu dalam 'bungkusan' baharu kerana Covid-19 banyak mengajarnya jatuh bangun dalam perniagaan.


Lagi cerita-cerita menarik produk kecantikan

Muziana Mohamaed @ Jee mahu menjadikan jenama Klappers kegemaran ramai.


Jee juga sedang berusaha menaik taraf pembungkusan produk yang sebelum ini menggunakan kaca yang ada kalanya pecah. Sehubungan itu, dia memohon agar kerajaan dapat memberikan geran kepada usahawan wanita bagi membantu mereka mempertingkatkan mutu dan pembungkusan produk.

Klappers, katanya akan menghasilkan produk itu mengikut tempahan untuk menjaga mutu dan memastikan bahan-bahan yang dihasilkan tidak perlu berada dalam stok dalam tempoh yang lama.

Ketika ditemui Jee berkata 90 peratus inti pati produknya menggunakan minyak kelapa dara itu dimulakan oleh anak sulung dan bongsunya. Mereka menghadiri kelas khas menghasilkan produk dari rawatan muka sehingga deodoran. 

"Produk ini adalah bisnes keluarga. Yang bongsunya belajar seni reka bentuk dan dia mulakan hasil produk ini untuk kawan-kawan, kemudian dikembangkan. Dengan kami menyewa studio untuk membuat bengkel mengajar orang ramai yang berminat menghasilkan produk berasaskan bahan organik bagi menggunakan jenama mereka.

"Dalam masa 10 tahun berjuang membina nama kami akhirnya berjaya. Menjual dalam online dan mempunyai enam ejen yang membantu memasarkan produk ini. Kami mempunyai 10 produk termasuk semburan deoderan, serum merawat jerawat, lotion siang dan malam.



"Klappers juga ada set rangkaian penjagaan muka daripada krim pencuci, penyegar dan pelembab. Kami ada juga memasarkan minyak aromaterapi dan minyak untuk senggugut dan mengurut badan.  Kini haraplah wabak akan cepat berakhir untuk menggerakkan semula pemasaran," katanya sambil mengingatkan bahawa produk itu hanya berkesan jika memakainya secara berterusan.

Jee juga mengakui pendemik itu telah banyak menjejaskan pendapatannya. 

Dengan bermodal permulaan RM10,000 kini Jee terpaksa mencari ejen baru, memperkemaskinikan Instagram Klappers.co yang sebelum ini memasarkan secara eksklusif sevara dalamtalian. 

Ada yang berminat menjadi ejen boleh hubunginya melalui telefon 01112875653.

Hari ini dia mula menyertai Kelab Usahawan Muslim Profesional 'menapak' balik dengan menyertai promosi di Pusat Beli Belah AEON Anggun di Rawang sehingga 10 Oktober 2021. 


Kalau nasib baik pelanggan boleh bergambar dengan Bumblebee. Jue Abu tiga dari kanan.


Sementara itu Presiden Kelab Usahawan Muslim Profesional, Juwita Abdul @ Jue Abu berkata, kempen membeli-belah itu adalah langkah pertama selepas sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan.

Katanya pusat beli-belah AEON Anggun Rawang memberikan mereka masa sebulan untuk buka kiosk dan setakat ini enam usahawan berkerjasama meletakkan produk yang dibahagikan kepada dua katogeri, kosmetik dan kesihatan. 

Produk penjagaan kesihatan termasuk Gula-O yang sangat popular dalam kalangan pengguna yang tidak mahu menggunakan gula biasa dalam minuman. Ada minuman kesihatan seperti Moringa satu produk yang dipercayai dalam meningkatkan imumnisasi sistem badan serta garam buluh dan mandian bidara.

"Produk penjagaan diri termasuk krim badan dan muka, penjagaan kuku dan kaki, scrub, serum, rawatan bibir, lipstik dan inai serta aksesori mekap untuk wanita. Di sini harganya bermula dari RM10 seunit," katanya berharap wanita dapat memberi sokongan untuk usahawanita ini bergerak semula membina perniagaan.

"Kita cuba berniaga sehingga 10 Oktober (2021) ini dan jika menggalakkan kami akan berusaha mencari lebih ramai usahawan wanita. Setakat ini sambutan sangat baik. Kita mahu menggalakkan usahawan yang banyak terjejas dalam perniagaan kembali pulih," katanya. - KitaReporters


Sila ke kiosk kami... Bersama Presiden Kelab Usahawan Muslim Profesional, Jue Abu (kiri).

15
11
0
7
0
You will be interested