Seni & Sukan 08 Jul, 2022

Terbaiklah! 152 pelajar USM, 48 pelajar UniMAP jadi sukarelawan! Bantu mangsa banjir di Kupang!

@che saad noordin
Che Saad Noordin bekas stringer Bintang Timur, Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Watan Harian, TV3, RTM dan Bernama untuk daerah Baling dan sekitarnya

Share this


SERAMAI 152 pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan 48 pelajar dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turun padang untuk membantu hampir 200 keluarga mangsa banjir di beberapa kampung di kawasan Kupang,  Baling pada Khamis, 7 Julai 2022.

Sekumpulan sukarelawan ini bekerjasama untuk membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir di kawasan Kampong Lata Chelak dari jam 10 pagi hingga lewat petang.


Afnan Arzahari


Menurut wakil pelajar dari UniMAP, Afnan Arzahari, 22, berkata, mereka amat terharu diberi peluang membantu mangsa banjir di Kupang untuk membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang dicemari lumpur dan sampah yang dihanyutkan oleh arus banjir mengejutkan.
Jelasnya lagi, keramahan mangsa-mangsa banjir menyambut kehadiran mereka untuk membantu membersihkan rumah-rumah yang terjejas amat mengharukan semua pelajar yang hadir.
Menurut Afnan lagi, penduduk kampung melayan mereka seperti keluarga dan berulang-ulang kali mengucapkan terima kasih kerana sudi datang membantu.

Ajri Roslan


Sementara itu, Ajri Roslan, 25, pelajar USM, juga selaku Naib Yang Dipertua 2, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM berkata, mereka berpengalaman membantu mangsa banjir kerana sebelum ini mereka pernah terbabit di Shah Alam, Temerloh Pahang, Kelantan, mangsa banjir Gunung Jerai Yan dan kini di Baling.
"Kami sepakat cuba mengembirakan mangsa banjir dengan melakukan apa saja walaupun pakaian yang kami pakai dicemari lumpur dan kotoran," katanya pada KitaReporters.
Tegas Ajri lagi, mareka berpegang kuat pada semangat memperjuangkan Semangat Sukarelawan Pelajar walau di mana saja yang memerlukan tenaga mereka.
Sementara itu, beberapa mangsa banjir yang ditemui KitaReporters terharu dengan semangat pelajar yang datang membantu mereka yang begitu hebat tanpa jijik dan kotor dengan bersahaja melakukan pembersihan setiap rumah yang mereka singgah. - KitaReporter

10
16
0
10
0
You will be interested