Di luar negara pejalan kaki sering diberi layanan baik semasa ingin melintas pejalan kaki yang disediakan bagi memudahkan urusan mereka.
Namun lain pula terjadi di Malaysia, seorang pemandu telah berkongsikan sebuah video, seorang pelajar sekolah yang melintas jalan mengucapkan terima kasih kepadanya dengan memberikan tunduk hormat seperti di Jepun.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pejalan kaki
Dilihat pelajar sekolah ini segera membuat tunduk hormat kepada pemandu kereta sebagai ucapan terima kasih kepada pemandu yang memberikan laluannya kepadanya di hadapan sekolah.
Video ini telah meraih banyak tontonan kerana sikap pelajar sekolah ini yang sangat sopan yang jarang-jarang dilihat. Ini kerana budaya yang dilakukan oleh budak sekolah ini sangat lain dan unik.
Netizen berpendapat tindakan pelajar sekolah ini adalah hasil daripada ibu bapa dan warga pendidik. Tahniah!!
Dalam pada itu, netizen turut memuji pemandu berkenaan kerana memberhentikan kenderaan untuk memberikan laluan kepada pelajar tersebut.
Kiranya, kedua-dua pihak telah memperlihatkan akhlak baik yang sepatutnya ada pada rakyat Malaysia hari ini.
Semoga pelajar sekolah ini dipermudahkan segala urusan dan orang ramai khususnya pemandu kenderaan di kawasan sekolah perlu ambil teladan dan jadikan ia sebagai satu contoh baik. - KitaReporters