Seni & Sukan 22 Jun, 2022

Video| Usia bukan penghalang untuk belajar! Cucu papar kesungguhan nenek belajar mengeja, membaca!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


WANITA pada zaman dahulu kebanyakan tidak diberi peluang untuk menuntut ilmu kerana masalah kemiskinan yang dihadapi menyebabkan mereka hanya bersekolah sekejap sahaja.

Berbeza dengan zaman sekarang, semua orang tidak kira perempuan atau lelaki akan ke sekolah untuk menuntut ilmu. 

Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang cucu memuat naik video neneknya sedang belajar mengeja dengannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seorang nenek


Kata cucu yang hanya dikenali sebagai Aiza Jasmin, neneknya telah berhenti sekolah awal dan disebabkan itu sekarang neneknya berusaha untuk belajar membaca. Namun beliau berkata, jika diberi peluang dahulu neneknya ingin belajar di sekolah.



Video ini sangat menyentuh ramai warga maya melihat kesungguhan nenek ini yang dirakam untuk belajar mengeja walaupun sudah berusia.

Namun, apa yang menjadi tarikan warga maya apabila cucunya memilih perkataan yang agar kelakar dan membuatkan ramai geli hati dengan telatahnya semasa neneknya mengeja.



Bukan itu sahaja netizen juga sangat terinspirasi dengan semangat yang ada pada neneknya untuk kekal berusaha dan masih lagi belajar walaupun sudah berusia.

Semoga nenek pandai membaca lepas ini!! - KitaReporters

13
10
0
13
0
You will be interested