SEBUT saja Ertugrul, bagi peminat filem drama bersiri ini tentu sudah terbayangkan watak-watak pentingnya. Siri drama yang disiarkan di Turki dari 2014 - 2019 ini sangat panjang dengan lebih 500 episod.
Bukan mudah untuk menghabiskan tontontan kesemua episod, mengambil masa lama, andai ditonton sehari satu episod, makan bertahun nak menghabiskannya.
Di Malaysia, siri drama ini baru saja ditayangkan di salah satu saluran televisyen tahun ini, selain dapat juga ditonton percuma di media sosial. Antaranya, dalam saluran YouTube TRT Ressurection Ertugrul (sarikata bahasa Inggeris) dan YouTube TRT Ertugrul by PTV (alihsuara bahasa Urdu).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Turki
Ressurection: Ertugrul dalam bahasa Inggeris atau bahasa Turki, Dirilis: Ertugrul adalah drama bersiri yang hits selepas ditayangkan dalam Netflix. Ia adalah drama bersiri tema sejarah dan pengembaraan, berlatarkan di Asia Barat abad ke-13, menceritakan kisah seorang pemimpin Turki bernama Ertugrul yang berani, bersemangat adil, kuat dan bertekad membawa keamanan kepada sukunya, Kayi.
Ramai terjebak menonton siri drama ini pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk penulis yang menontonnya dalam YouTube. Kelebihan drama ini, lakonan berlandaskan Islam tanpa banyak aksi menjolok mata (ghairah).
Ringkasnya Ertugrul, adalah fiksyen sejarah Turki dan siri televisyen penuh aksi dihasilkan oleh Mehmet Bozdag untuk TRT, dibintangi Engin Altan Duzyatan sebagai Ertugrul Bey (hero) dan arahan Metin Gunay.
Tidak hendak mengupas detail kisah siri ini, sebaliknya penulis hanya berkongsi dari sudut perbandingan gambar - karakter tokoh sebenar dengan watak pelakon, dengan memetik video tajuk Real Pictures of Characters of Ertugrul Ghazi | Osman Ghazi | Noyan | Halima Sultan dalam saluran Adi TV.
ERTUGRUL BEY : Di kiri lukisan gambaran wajah sebenar di kanan adalah pelakon. Perbandingan wajah nampak seakan. - Kredit foto: Adi TV
Ertugul Bey adalah bapa kepada pengasas empayar Uthmaniyyah dan ketua atau "bey" yang berperang melawan pasukan Byzantium bersama pasukan suku kaum Kayi pimpinannya semasa menetap di Sogut, sebelum anaknya Osman Bey mendirikan pentadbiran Beylik (kawasan yang diperintah oleh seorang bey) sendiri.
Osman Bey adalah pengasas Dinasti Uthman yang kemudian dikenali Empayar/Kesultanan/Kekhalifahan Uthmaniyyah (1188-1281), lahir di kota Ahlat dan meninggal di Sogut pada usia sekitar 93 tahun.
Seorang pahlawan nomad yang konsisten dalam perjuangannya sehingga akhirnya langkahnya, Ertugrul menjadi titik tolak kepada keterbabitan dalam usaha penubuhan empayar Uthmaniyyah (Ottoman), oleh anaknya, Osman Bey, juga juga dikenali Osman Ghazi.
Ghazi adalah gelaran diberi kepada pahlawan Turki sebagai penghormatan ke atas jasa mereka berjuang demi kepentingan umat Islam.
HALIME HATUN : Di kiri adalah lukisan wajahnya dan di kanan gambar pelakon. Perbandingan wajah nampak sama. - Kredit foto: Adi TV
Halime Hatun isteri kepada Ertugul Bey. Digambarkan sebagai watak yang meniti kehidupan mencabar seiring kedudukannya sebagai isteri pahlawan@pejuang dan ketua suku.
Watak Halime dimatikan awal iaitu semasa Osman masih bayi. Namun realiti hayatnya, lebih lama daripada Ertugul namun wataknya dimatikan awal dikatakan asbab pengarah menghadapi masalah berurusan dengan pelakon watak itu.
OSMAN GHAZI : Di kiri lukisan gambaran wajah sebenar kanan gambar pelakon. Perbandingan wajah nampak sama. Kredit foto - Adi TV
Osman Ghazi ialah pengasas Kesultanan Uthmaniyyah atau Ottoman, sewaktunya kerajaan itu menjadi sebuah kekhalifahan Islam (sejak 1517).
Sumber sejarah penubuhan Kesultanan Uthmaniyah dikatakan begitu samar, begitu juga dengan data riwayatnya. Tidak dapat dipastikan bila dan di mana Osman Ghazi lahir. Pihak berkuasa Turki Uthmaniyyah menulis sejarah buku mengenai bapa bangsa mereka pada abad ke-15 atau 100 tahun, selepas kematian Osman Ghazi.
ARTUK BEY : Kiri gambar tokoh dan kanan, pelakon. Perbandingan nampak sama. - Kredit foto: Adi TV
Artuk Bey adalah watak fiksyen dalam siri drama Dirilis Ertugrul, digambarkan sebagai protagonis utama, orang kanan Ertugrul Bey. Watak digambarkan oleh Ayberk Pekcan, berdasarkan karakter Komandan Seljuk Artuk Bey.
IBNUL ARABI : Di kiri adalah lukisan wajah sebenar dan di kanan adalah pelakon. - Kredit foto: Adi TV
Ibnul Arabi adalah tokoh mistik Islam dan berilmu tinggi, walaupun dikatakan beliau pernah mengunjungi Sogut namun tiada catatan menyatakan beliau ada kaitan dengan Ertugul. Watak Ibnul Arabi dalam drama ini adalah tokoh agama yang gemar mengembara, penasihat berfalsafah dan pakar rujuk kepada Ertugul.
SA'D AL-DIN KOPEK (SADETTIN KOPEK) : Di kiri, lukisan, gambaran wajah asal watak Sadettin Kopek (kanan). Perbandingan, ada sikit sama. - Kredit foto: Adi TV
Dalam siri ini watak Sa'd al-Din Kopek dibawa oleh oleh pelakon Turki Murat Garipagaoglu. Nama Sa'd al-Din Kopek dalam bahasa Turki ialah Sadettin KOpek. Beliau diperlihatkan sebagai pengkhianat dan akhirnya dipenggal oleh protagonis, Ertugrul.
BAY HU NOYAN : Di kiri ialah gambar tokoh, kanan gambar pelakon yang membawa watak Nohan. Perbandingan, air muka nampa berbeza sedikit. - Kredit foto: Adi TV
Bay hu Noyan, ialah Komander Mongol yang tidak ada kaitan dengan suku Kayi kerana tugasnya lebih tertumpu kepada Utara Parsi. Watak antagonis (lawan atau musuh) kepada Ertugrul, berjaya menimbulkan kebencian dan sakit hati penonton.
BAMSI BEYREK : Di kiri adalah gambar tokoh dan kanan pembawa wataknya. Perandingan boleh dikatakan sama. Kredit foto - Adi TV
Bamsi Beyrek diberikan karaktor garang, diilhamkan daripada kisah-kisah pahlawan legenda Turki. Salah seorang daripada tiga rakan baik Ertugrul namun hakikatnya dia tidak ada kaitan dengan Ertugul.
Turgut : Di kiri lukisan wajah pahalwan Turgut dalam sejarah, sementara di kanan wajah pelakon. Perbandingan wajah seakan. - Kredit foto: Adi TV
Turgut juga salah seorang sahabat baik Ertugrul. Dia juga adalah seorang Ghazi dan hidup lebih lama, menjangkau 35 tahun lebih lama daripada Ertugrul. Terkenal dengan senjata kapaknya yang tajam dan terus menjadi pembantu yang baik kepada Osman, anak Ertugrul.
DUNDAR BEY : Di kiri gambaran tokoh sebenar dan di kanan pelakon. Perbandingan, kelihatan sedikit berbeza. - Kredit foto: Adi TV
Dundar Bey (adik ayahnya, Ertugrul) yang diberi tanggungjawab sementara sebagai ketua suku Kayi selama Ertugrul menjalankan sebuah misi di Konya.
Demikian 10 gambar perbandingan watak pelakon dan tokoh tokoh rujukannya.
Siri ini difilemkan di Riva, sebuah desa di daerah Beykoz di Istanbul, Turki. Tayangan perdana di TRT 1 di Turki pada 10 Disember 2014, disiarkan lima musim sehingga 29 Mei 2019 di Turki. Siri ini juga disiar di TVS Saluran 122, Astro dan MYTV, tahun ini (2021).
Drama asal bahasa Turki ini menampilkan keindahan bahasa sastera, dengan lakonan dramatik penuh aksi dan juga banyak bermain dengan emosi. - KitaReporters