Seni & Sukan 16 Nov, 2023

Video| Imej seksi Dolla keterlaluan? Semuanya demi album pertama? Tapi ramai nantikan New Classic!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this



Pada awal kemunculan kumpulan Dolla dalam industri hiburan tanah air, mereka diperlekeh kerana dikatakan cuba meniru imej kumpulan ternama dari Korea iaitu Blackpink. Malah imej seksi yang ditonjolkan oleh setiap anggotanya menerima kecaman hebat apatah lagi dua daripada mereka beragama Islam.

Terdiri daripada empat orang anggota iaitu Angel, Sabronzo, Tabby dan Syasya, perjuangan dalam industri muzik tetap diteruskan walaupun berdepan kecaman. 

Semangat mereka tidak mudah rapuh malah semakin kuat. Jujurnya, imej seksi mereka setanding dengan lagu-lagu yang diperjuang.


Kecaman tidak mematahkan semangat anggota Dolla.


Hadir pada tahun 2019, nama Dolla mula dikenali berikutan imej dan konsep yang dibawa. Setelah empat tahun mengumpul peminat, akhirnya Dolla tampil dengan album pertama mereka berjudul New Classic. Manakala pada 17 November 2023, music video (MV) atau video muzik mereka dilancarkan.

Ramai peminat tertanya-tanya mengenai album sulung ini. Sebagai peminat setia dan yang mengikuti perkembangan kumpulan ini dalam media sosial, pasti tahu pada 7 November 2023 lalu, Dolla mula mengemas kini hantaran dalam Instagram berkenaan album pertama mereka.



Mereka mula berkongsi tarikh album, tajuk album, content schedule dan individual concept teaser. 

Berkenaan konsep atau imej untuk setiap anggota, ada beberapa anggotanya dikritik kerana keterlaluan. Namun, sejak dulu lagi memang seksi itu adalah imej kumpulan Dolla ini.



“Ya Allah apa nak jadi dengan imej Melayu Islam sekarang ni? Terkejut tengok gambar ni lalu kat wall walaupun saya tak pernah search group ni. Allahurabbi. Skirt makin pendek, baju senteng nampak pusat. Allahu awak orang Melayu beragama Islam, tapi kenapa pakaian awak lagi teruk daripada orang beragama lain?” tulis salah seorang netizen.

Sementara itu, ramai peminat Dolla mula tidak sabar menunggu kemunculan album pertama ini. Walaupun ada segelintir yang mengecam mengenai pemakaian, namun ramai juga yang suka imej tersebut. - KitaReporters


8
12
0
9
1
You will be interested