Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus memperlihat keprihatinan terhadap insan seni yang menghadapi masalah kesihatan. Setakat ini, empat insan seni menerima bantuan daripada Perdana Menteri.
Pada 1 September 2023 lalu, anak Seniman Agung P Ramlee, Sazali menerima bantuan bagi rawatan tulang belakang. Pada 3 November 2023 pula, Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada penyanyi veteran Ibnor Riza Ibrahim, 62.
Turut menerima sumbangan ialah pelakon, juga bekas wartawan hiburan Fauziah Samad.
Ibnor Riza menghadapi masalah sakit kanser limfoma, manakala Fauziah pula menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.
Sumbangan Perdana Menteri disampai oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.
Ibnor Riza terharu menerima sumbangan
Sumbangan kepada Fauziah Samad
Pelakon veteran ini dalam proses rawatan kanser dan sudah tidak aktif dalam bidang lakonan selama empat tahun.
Tambahnya, dia tidak dapat menahan air mata tatkala rumahnya dihadiri tetamu dari Jabatan Perdana Menteri pada pagi Rabu itu. Turut disampai sejumlah barangan keperluan lain.
Ahmad Farhan (kiri) bersama Mak Jah. - Kredit foto: FB Anwar Ibrahim
Kali terakhir Mak Jah diberi peluang berlakon ialah pada Ramadan lalu untuk watak yang tidak memerlukan dia berjalan.
Penyampaian sumbangan untuk Mak Jah dimuat turun dalam FaceBook Anwar Ibrahim. - KitaReporters
Sakit yang dialami membuat Mak Jah tidak lagi aktif berlakon.