Sally Yap ketika mendapat tajaan dari syarikat HSL untuk menyertai Asia Trail Masters (ATM) di Filipina pada 17 Disember 2022. - Kredit foto: Utusan Borneo.
PEMENANG tempat kedua Kejohanan Asia Trail Masters (ATM) di Filipina, Sally Yap berhasrat untuk mengembangkan kerjayanya sebagai seorang atlet jarak jauh dan pelari menara dunia yang berjaya pada satu hari nanti.
Wanita berusia 30 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu berkata, beliau berharap ada mana-mana pihak yang
sanggup memberi bantuan atau dana seperti yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Sarawak, Kementerian Belia dan Sukan, badan-badan korporat di negara ini.
"Saya tidak tahu bagaimana proses untuk mendapatkan
tajaan daripada kerajaan terutama dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
"Cuma pada masa ini kita mengikut sahaja aturannya," ujarnya semasa ditemui media baru-baru ini.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan atlet-atlet pelari
Sally Yap berjaya menjejakkan kakinya di puncak gunung Apo setinggi 3,900 meter dari paras laut. - Foto kredit: FB Sally Yap.
Imbas kembali, jaguh sukan lasak itu berkongsi cerita pengalaman kemenangannya di tempat kedua pada pertandingan akhir Kejohanan ATM di Filipina, pada 17 Disember 2022.
Beliau bermula awal pagi berlumba dari Pantai Santa Cruz (dari paras laut) dan kemudian menuju mendaki Gunung Apo (puncak tertinggi di Filipina) sehingga ke puncak dan kembali semula ke pantai.
Menurutnya, beliau mengambil masa 13 jam dan 11 minit untuk berlari sejauh 77.13 kilometer (km) sekali gus menakluki gunung setinggi 3,900 meter (m) itu.
Katanya, pada kejohanan tersebut, dia (Sally) mendapat tempat kedua di belakang Hau Ha dari Vietnam, sekali gus menjadikan beliau berada di kedudukan ketiga terbaik di Asia.
Sally Yap mengambil masa 13 jam dan 11 minit untuk menduduki tempat kedua kejohanan ATM. - Kredit: foto: FB Sally Yap.
Pencapaiannya tidak kurang hebatnya kerana beliau gigih berlatih sepenuhnya serta membiayai perbelanjaan sendiri untuk menyertai kejohanan tersebut.
"Jemputan akhir
ATM datang pada saat-saat akhir. Saya menghubungi beberapa syarikat
korporat di Kuching, dengan harapan mendapatkan tajaan. Namun syarikat HSL adalah yang pertama
memberi maklum balas.
"Dengan tajaan mereka, saya segera menempah tiket
penerbangan dan pergi," ujarnya lagi.
Sementara itu katanya, beliau akan mencuba sukan lasak larian menara pula sebagaimana dilakukan oleh Soh
Wai Ching.
"Ramai yang tidak tahu kejohanan demikian, tetapi
pelari menara nombor satu dunia adalah dari Malaysia berjaya mengharumkan nama
negara," jelasnya.
Pada masa sama, beliau berharap agar pencapaiannya dalam kejohanan sukan lasak itu menjadi perhatian khasnya golongan muda di Sarawak.
"Saya tahu, rata-rata masyarakat di Sarawak sangat berkebolehan," ujarnya. - KitaReporters
Sumber:
https://www.facebook.com/search/top?q=sally%20yap
https://www.utusanborneo.com.my/2022/12/29/sally-yap-harap-kerajaan-bantu-sertai-kejohanan-sukan-lasak-antarabangsa
https://dayakdaily.com/kuching-born-sally-yap-makes-history-by-finishing-second-in-global-marathon/?fbclid=IwAR3_Ea9B1pUp4RKdpatdoIVcX8T_g_JyzWDyYCOXbUDczgDlgBLDReJcvA4