Seni & Sukan 16 Dec, 2022

Video| Selepas 15 tahun Lisdawati, Fauzi Nawawi kahwin semula? Bagi rakam gambar sanding pakai hijab!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Pasangan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi sudah 15  tahun berkahwin iaitu pada 2007. Namun Lisdawati sudah membuang gambar-gambar kenangan perkahwinan itu kerana ketika itu dia tidak berhijab.

Dia tidak mahu menanggung dosa memamerkan gambar-gambar itu dalam laman sosial dan album simpanannya. Namun timbul kesedihan kerana tiada lagi gambar perkahwinan untuk dijadikan kenangan dan tatapan anak cucu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Lisdawati



Justeru, Lisdawati (Nisdawati Nazaruddin) dan suami, Fauzi Nawawi (Mohd Fauzi Mohd Nawawi) mengambil inisiatif untuk merakam semula detik-detik perkahwinan mereka. Ia dilakukan pada majlis sempena ulang tahun ke-45 Nisdawati pada 15 Disember 2022.

Walaupun menggunakan pakaian berlainan, namun suasana gambar seperti yang dirakam 15 tahun dulu. Sewaktu majlis resepsi dahulu, kedua-duanya mengenakan persalinan berwarna hijau dan songket kuning sewaktu majlis resepsi.

Tetapi untuk persandingan ‘ganti’ ini, kedua-duanya memilih busana berona biru bagi ‘majlis nikah’ dan songket putih sewaktu resepsi. 


Kahwin semula untuk abadi kenangan dengan berhijab


Ketika ditanya mengenai rahsia kebahagiaan rumah tanggan selama 15 tahun bersama Fauzi, pelakon yang sudah bergelar nenek kepada dua orang cucu tiri itu berkata, perkahwinannya juga tidak terkecuali mengalami proses pasang dan surut.

Namun katanya, jika ada masalah, jalan penyelesaian termasuk dengan cara berkomunikasi untuk menyelamat rumah tangga yang dibina untuk terus kekal bahagia.  

Tambahnya, sebelum ini guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tetapi kini guna WhatsApp. Ketika ada masalah, kedua-duanya mengelak berjumpa kerana takut akan bertikam lidah. Kedua-duanya baru bersemuka setelah sudah ‘sejuk hati’. 



Lisdawati dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.  

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 14; Nur Aina Fazneesya,13; Ahmad Nur Fyrdaus, 8; dan Ahmad Nur Fayyadh, 3.

Lisdawati juga mempunyai empat orang anak tiri menerusi perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 27; Fareez Hazwan, 25; Nurul Hana Farisya, 23; dan Mohd. Fikri Hakimi, 20.

Pasangan suami isteri ini kini sudah memiliki cucu. - KitaReporters



13
15
0
13
0
You will be interested