Seni & Sukan 30 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Iran gagal jadi wakil pertama Asia ke pusingan seterusnya! Tewas kepada USA!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Impian untuk melihat wakil Asia yang pertama layak ke pusingan 16 pasukan terakhir edisi Piala Dunia 2022 tidak kesampaian apabila Iran tewas 0-1 kepada Amerika Syarikat (USA) dalan perlawanan terakhir peringkat kumpulan B di Stadium Al Thumama pada 30 November 2022. 

Iran hanya perlukan satu mata sahaja untuk layak kerana mereka mempunyai kelebihan mata sebelum turun dalam perlawanan tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Namun begitu ia bukan mudah untuk mereka apabila USA juga inginkan kemenangan dan mereka bermain begitu baik terutama separuh masa pertama. 

USA menguasai permainan sepenuhnya dan ia menyukarkan Iran untuk untuk melakukan beberapa gerakan bagi menghasilkan jaringan.  

Jaringan Christian Pulisic pada minit ke-38 memusnahkan hasrat skuad bimbingan Carlos Queiroz. 



USA hampir mendapatkan gol kedua, namun jaringan Timothy Weah dibatalkan oleh pengadil kerana berada dalam kedudukan ofsaid. 

Iran cuba melakukan perubahan taktikal dan mempunyai beberapa peluang terbaik untuk mendapatkan jaringan. Namun ia tetap tidak mengubah keputusan dan kedudukan itu kekal sehingga tamat permainan. 

USA selaku naib johan dijadualkan akan bertemu Belanda pada peringkat kalah mati pada 3 Disember 2022. Juara kumpulan B, England pula akan menentang naib juara kumpulan A, Senegal pada 4 Disember 2022. - KitaReporters


10
5
0
11
0
You will be interested