Seni & Sukan 18 Aug, 2022

Video| Liga Super 2022: Skuad Penyu tundukkan Red Giant, 2-0! Terengganu FC kukuh di tangga ke-4!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Skuad Nafuzi Zain berjaya mengutip tiga mata penuh di tempat lawan selepas mencatat kemenangan mudah ke atas Selangor Football Club (FC) 2-0 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada malam tadi (17 Ogos 2022). 

Biarpun bertandang ke gelanggang lawan, ia bukanlah satu masalah besar untuk Terengganu FC kerana mereka lebih menguasai permainan dengan serangan lebih berbahaya berbanding Selangor. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Super


Terengganu FC berjaya membuka peroleh jaringan pertama pada pada minit ke-13 selepas rembatan cantik Habib Haroon dari luar kotak penalti gagal diselamatkan oleh penjaga gol Selangor. 

Pengendali baharu Selangor, Nidzam Jamil cuba melakukan sesuatu untuk pasukan Selangor mencari gol namun ia serba tidak menjadi dan permainan mereka tidak seperti mana mereka bertemu ketika separuh akhir Piala FA baru-baru ini. 

Dalam usaha Selangor cuba mencari gol penyamaan, Terengganu mengukuhkan kedudukan apabila gerakan cantik daripada Faisal Halim pada minit ke-39 berjaya disudahkan dengan baik oleh Manuel Gelito Ott untuk menceriakan penyokong pasukan mereka. 



Bermula separuh masa kedua, kedua-dua pasukan cuba mencari gol dengan melakukan pelbagai serangan dan beberapa pertukaran taktikal namun tiada jaringan tambahan yang berjaya diperoleh.  

Kemenangan Terengganu FC ke atas Selangor FC ini melebarkan rekod kemenangan mereka sejak bertemu dari 2019 dan mereka juga berjaya menjarakkan kedudukan dari Pahang FC yang ketika ini mengekori rapat kedudukan Terengganu FC. - KitaReporters



9
15
0
12
0
You will be interested