Seni & Sukan 11 Sep, 2022

MB Kedah bikin panas! JDT juara Piala FA 2022! Tapi sayangnya, pemain JDT tak pandai cakap Johor!

@jamliah abdullah
Penulis konten & pemberita sambilan. Cintai alam semula jadi & makanan. Suka menulis untuk membantu yang memerlukan. Anda punyai kisah menarik untuk dikongsi, emelkan ke jamliah.bismi18@gmail.com

Share this

Kedit foto: FB Johor Southern Tigers


SUDAH terbukti kecemerlangan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila sekali lagi merangkul kejuaraan Piala FA, pada Sabtu, 10 September 2022 lalu setelah mengalahkan pasukan underdog Terengganu FC (TFC) dengan catatan 3-1.

Namun di sebalik kemenangan dijangka itu yang diraikan oleh seluruh penyokong Harimau Selatan ini, nampaknya ada lagi khabar lain yang tidak kurang menarik mengambil tempat dan menghebohkan arena bola sepak terutama dalam maya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Semuanya bermula apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memuat naik hantaran terbaharu dalam laman Facebook dan TikTok miliknya usai perlawanan final tersebut.

Menerusi perkongsian video terbaharu memaparkan Menteri Besar itu 'berlakon' mengesek biola lagu dari filem Hindi popular, Mohabbatein, yang sayu dengan kapsyen, “Tahniah JDT menang Piala FA semalam, sayangnya pemain JDT tak pandai cakap Johor.”

Muhammad Sanusi dipercayai mencuba mengesek biola itu ketika hadir pada satu program Festival Melodi Sungai Kedah di Alor Setar, pada Khamis, 8 September 2022 lalu.

Kapsyen tersebut tentu sahaja mengundang pelbagai reaksi daripada netizen kerana ada yang menganggap ia menghiburkan malah tidak kurang juga terasa hati kerana ia dilihat seolah-olah menjadi bahan baharu untuk Menteri Besar itu menyindir pasukan JDT.



Tindakan itu dipercayai susulan daripada tindakan penyerang JDT, Fernando Forestieri memuat naik ucapan terima kasih kepada Muhammad Sanusi dalam Instagram Story milik beliau sejurus selepas kemenangan itu. 

Ini untuk rakan saya @muhammadsanusimdnor_official. Terima kasih di atas sokongan anda, nikmati piala ini,” tulisnya.

Bukan sesuatu yang asing lagi perbalahan dan perang mulut antara Muhammad Sanusi dan pasukan JDT itu termasuk pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang seringkali mengamatkan arena bola sepak negara dengan pelbagai isu berbangkit.

Apa pun, ucapan Muhammad Sanusi yang terbaharu itu nampaknya sudah mengundang banyak reaksi daripada netizen termasuk penyokong kedua-dua pasukan itu.

Ada yang memuji kerana tindakan berani beliau berterusan membahankan pasukan gah itu namun ada juga yang mengecam dan memintanya supaya reda yang kekalahan TFC yang juga menjadi pasukan kegemarannya sebelum ini.



Sehari sebelum perlawanan, Muhammad Sanusi memuat naik hantaran terbaharu dengan video beliau menyarung jersi hitam putih milik TFC.

Malah dalam satu sidang akhbar selepas itu wakil rakyat dari Jeneri, Sik ini juga terang-terangan memberitahu beliau memberi sokongan kepada TFC kerana isterinya berasal dari negeri itu.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu juga percaya rakyat Malaysia akan menyokong pasukan itu dalam perlawanan akhir berkenaan.

Dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil itu JDT membenam TFC, 3-1 sekaligus membuktikan kecemerlangan pasukan itu. Kini JDT hanya perlu merangkul Piala Malaysia bagi musim ini sahaja untuk memastikan mereka berada di takhta pasukan terbaik negara ini. - KitaReporters


10
16
0
12
0
You will be interested