Seni & Sukan 26 Aug, 2022

Video| Ini memang rare, tak pernah dibuat orang! Majlis kahwin di restoran Mekdi! Ramai terpegun!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. ([email protected])

Share this


Baru-baru ini terdapat sepasang suami isteri mengadakan majlis kahwin di sebuah restoran makanan segera yang menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi tular.

Video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @reysheats, kelihatan sebuah majlis perkahwinan dilangsungkan dengan acara sarung cincin dan campak bunga dilakukan di restoran Mekdi (McDonald's) membuat ramai terpegun.


Lagi



“Hanya kawan-kawan saya sahaja melakukan perkara seperti ini. Majlis kahwin di Mekdi? Tiada masalah,” tulisnya dalam laman aplikasi TikTok. 

Susulan perkongsian beliau itu telah meraih perhatian ramai yang turut memasang impian mengadakan perkahwinan di restoran makanan segera popular itu.



“Bang, ini majlis perkahwinan impian saya,” kata @Edennnnnnni.

“Saya memasang impian untuk mengadakan majlis hari jadi yang ke-25 di restoran ini. Sudah semestinya akan nampak comel,” ujar @StiffanyChia.

“Saya selalu ingin melakukan perkara seperti ini,” kongsi @NurFadzilah. - KitaReporters


17
16
0
14
0
You will be interested