Masalah pelakon veteran Dharma Harun Al-Rashid, 68, untuk meneruskan kelangsungan hidup telah mendorong beberapa rakan seni mengunjungi dan menghulurkan sumbangan kewangan kepadanya.
Antara rakan seni yang menghulurkan sumbangan ialah ialah Datuk DJ Dave, Elly Mazlein, Haida, Roy Azman dan Noorkumalasari. Ia dapat meredakan ‘tekanan’ untuk seketika.
Dan terbaharu, rakan lamanya sejak awal 1980-an. Richard Ung yang merupakan produser filem memberitahu dia hendak memberi sumbangan. Namun Richard tidak datang ke kediaman Dharma, sebaliknya mahu Dharma datang ke pejabat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di Petaling Jaya pada Rabu, 16 Julai 2025 pada jam yang ditetapkan.
Dharma pada mulanya hairan mengapa produser itu enggan bertemu di rumahnya.
Mengenali Richard yang punya perangai pelik dan atas dasar persahabatan, Dharma tetap memenuhi permintaan kawan lamanya itu untuk datang ke bangunan FINAS di Petaling Jaya bersama anaknya, Syafiq Dharma (atau Muhammad Al-Syafiq Mohamad Azman), 36, pada masa yang ditetapkan.
Dharma Harun Al-Rashid menerima sumbangan peribadi daripada produser Richard Ung, Turut serta Pengarah AMP Move, Datuk Syed Azlan Syed Ibrahim. - Kredit foto BH Online
Sampai di FINAS, Dharma dibawa ke Panggung 1, bangunan FINAS dan terdapat sejumlah penonton. Di dalamnya terpampang tulisan tayangan khas filem ’Felai Fx’.
Tanpa menyebut jumlah sumbangan peribadi yang diberi, Richard menyatakan ia cukup untuk Dharma dan keluarga meneruskan kehidupan agak selesa untuk sekurang-kurangnya tiga bulan.

Dharma bersama anaknya Syafiq Dharma.
Bagi Dharma dia memegang kata-kata ‘ada kerja ada gaji’. Dan perkerjaan yang dilakukan boleh mengurangkan depresi yang dialami.
Dharma masih mengharapkan pekerjaan untuk kelangsungan hidup
Pernah kehabisan modal apabila satu projek yang dijalankannya tidak diterima stesen TV menyebabkan dia mengalami depresi selain menhadapi beberapa jenis penyakit.
Justeru, Dharma berharap terdapat produser atau individu menawarkan kerja mengarah dan menulis.
Tawaran berlakon daripada produser Datuk A Aida untuk berlakon dalam telefilem ‘Kisah Cinta Kau & Aku’ diterima baik, namun ia masih tidak mencukupi untuk Dharma.
Dharma mengharapkan ‘job’ belakang kamera di mana dia masih mampu bekerja sebagai pengarah dan penulis skrip serta masih boleh memandu. Namun dia perlu berhati-hati menjaga kesihatannya terutama penyakit asma.

Dharma ketika menyampaikan ucapan pada majlis tayangan khas filem 'Felai Fx'
Menyentuh filem aksi ’Felai Fx’, terbitan AMP Moves Sdn Bhd dengan kerjasama Sheunik Sdn Bhd dan Teguh Setanding, Richard menawar Dharma dan anaknya, Syafiq berlakon dalam filem itu pada 2023 ketika Dharma masih sihat.
Dan dalam ‘Felai Fx’, Dharma diberi watak antagonis sebagai ketua samseng atau mafia dan terdapat beberapa babak aksi yang dilakukan oleh Dharma.
Secara peribadi Dharma kurang menyukai watak antagonis (jahat), namun menerimanya bagi mengubat kerinduan sudah lama tidak mendapat tawaran berlakon.
Dalam filem itu Dharma terpaksa melakukan beberapa adegan lasak namun dapat dilaku kerana kesihatannya masih okey ketika itu.
Filem ‘Felai Fx’ menunggu masa tayangan. Menurut Richard jika filem ini mendapat keuntungan besar, sebahagiannya akan diberi kepada Dharma.