Pada 2025 Mei 2025, Pengerusi Skop Production, Datuk Dr Yusof Haslam, 71, ada berjanji untuk memberi sumbangan sebanyak RM380,000 kepada mangsa tragedi letupan gas di Putra Height. Puchong. Tragedi itu berlaku pada 1 April 2025 iaitu hari kedua Aidilfitri.
Sumbangan kewangan RM380,000 Skop Productions tidak hanya untuk mangsa tragedi Putera Height, tetapi diperluas juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai tragedi.
Justeru, Skop Productions memutuskan agar sumbangan tersebut diberi kepada Tabung Bencana NSTP-Media Prima bagi membantu mangsa bencana di seluruh negara.
Datuk Yusof Haslam ada berjanji untuk memberi RM380 ribu kepada mangsa tragedi Putera Height.
Turut hadir dalam sesi penyerahan itu ialah Ketua Kumpulan Kewangan Media Prima, Rosli Sabarudin dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios, Nini Yusof.
Tambahnya, sebagai orang Islam dan rakyat Malaysia yang prihatin, dia berasa bertanggungjawab untuk memberi perhatian kepada mereka yang memerlukan.

Kedua-dua itu memberi keuntungan besar iaitu RM64 juta dan RM75 juta.
Tambah Yusof, Skop Production akan terus bekerjasama dengan pihak Media Prima khususnya TV3 dan Primeworks Studios.
Skop Productions akan meneruskan projek filem secara usaha sama kerana ia langkah strategik dan memberi keuntungan kedua-dua pihak.