
Moh ke Lenggong. Meriahkan Lenggong Rimba Raid 2025. Lebih 250 pelumba dari 17 negara akan menyertai kejohanan sukan permotoran lasak antarabangsa, Lenggong Rimba Raid ini di Lenggong, Perak dari 26 hingga 29 Jun depan.
Rimba Raid
ke-10 ini akan menerima kedatangan peserta dari Jepun, Thailand, Indonesia,
Singapura dan China.
Selain itu,
buat julung julung kalinya, pasukan Ducati Petronas Sprinta Lenggong Racing
Team bakal membuat penampilan pertama pada kejohanan itu.
Pasukan tersebut bernaung di bawah Lenggong Valley Motorclub, sebuah inisiatif Majlis Pelancongan Lenggong dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong yang dipengerusikan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Saarani Mohamad (dua dari kanan) melancarkan secara rasmi pasukan Lenggong Valley Motorclub sambil disaksikan oleh Dr. Shamsul Anuar Nasarah (tiga dari kanan). - Kredit foto FB Dr. Shamsul Anuar Nasarah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan pelancaran rasmi pasukan Lenggong Valley Motorclub di Dataran Tasik Raban, Lenggong pada 22 Mei 2025.
Saarani berkata, kejohanan itu bertujuan mencungkil lebih banyak bakat baharu dalam
bidang permotoran lasak.
"Kita
tidak mahu jadi tuan rumah sahaja, tetapi kita juga mempunyai pelumba yang
berbakat untuk ditonjolkan kepada dunia, sekali gus naik ke podium yang menjadi
harapan dan impian kita,” katanya.
Beliau optimis, kejohanan itu dapat memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat yang berniaga, mempunyai bot dan chalet.
Saarani (tiga, kanan) melihat motosikal Ducati yang akan menyertai kejohanan sukan lasak antarabangsa, Lenggong Rimba Raid 2025 di Lenggong pada 26 Jun 2025 ini.
Lembah Lenggong
merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012.
Ia merupakan
kawasan pertama dihuni oleh manusia di Asia Tenggara sehingga dihentam oleh
meteor pada 1.83 juta tahun dahulu. Akibat hentaman ini menyebabkan kepupusan
semua hidupan di sekitarnya dan menghasilkan batuan impaktit suevit yang langka
di dunia sebagai bukti.
Penemuan alat batu adalah bukti kewujudan manusia pra-sejarah di Lenggong. - KitaReporters
