.
Antara insan seni tanah air yang mendapat perhatian ramai ialah Eirma Fatima, 57. Pemilik nama sebenar Fatimah Rahmad Ali ini juga dikenali sebagai Erma Fatima.
Sebagai pemilik rumah produksi Rumah Karya Seni, Erma cuba membuat kelainan dalam drama-drama yang dihasil.
Walaupun sudah lama menerbitkan drama, namun Erma mula diberi perhatian setelah menerbitkan beberapa siri ‘Mak Cun’ beberapa tahun dahulu.
Namun populariti Erma sebagai produser dan penulis skrip drama semakin menonjol sejak tahun 2023 melalui siri ‘Itu’ iaitu ‘Perempuan Itu’ (2023), ‘Lelaki Itu’ (2024) dan ‘Keluarga Itu’ (2025).
Semuanya berkaitan isu kekeluargaan dan agama Islam yang terjadi namun sensitif untuk diluah.
Namun Erma menggunakan bakat seninya untuk meluahkan kepincangan dalam masyarakat dengan cara tersendiri walaupun agak konroversi.

Dan puncak ‘kontroversi’ Erma ialah melalui drama 15 episod ‘Bidaah’ yang ditayang dalam penstriman Viu Malaysia pada Ramadan 2025 lalu.
Dalam drama ‘Bidaah’ Eirma cuba mendedahkan ‘penunggang agama’. Namun terdapat tokoh atau individu yang ‘menghentam’ apa yang dilaku oleh Erma yang dianggap mencemar agama Islam.
Sebenarnya ‘Bidaah’ adalah kisah benar di sebuah pondok agama di sebuah kawasan di Malaysia dan ia berlaku beberapa tahun lalu. Ia berdasarkan pengalaman peribadi Erma.
Ketika itu Erma yang ingin mendalami ilmu agama dan mencari sebuah pondok agama yang dikatakan mempunyai guru agama (walid) yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.
Selain Erma terdapat juga sejumlah gadis yang ingin ‘berubah’ turut belajar agama daripada ‘walid’ itu. Dan Eirma dipanggil kakak oleh pelajar lain.

Dan cerita pelajar itu dan Erma sendiri belajar di pondok milik ‘walid’ itu mendorong dia untuk menghasilkan skrip ‘Walid’.
Dan Erma bertuah apabila Viu Malaysia berminat untuk menayangkan ‘Bidaah’ dalam pengstriman itu. Membuat drama untuk platform pengstriman mempunyai kebebasan berbanding tayangan di stesen TV.
Sebagai pemilik rumah produksi, ia memberi pendapatan lebih besar kerana platform pengstriman memperoleh hasil daripada bayaran langganan dan iklan. Dan populariti ‘Bidaah’ merebak ke Indonesia.
Menurut sumber Viu, tontonan ‘Bidaah’ melalui tontonan pengstriman Viu dan media sosial di Malaysia dan Indonesia telah ditonton lebih 2.5 bilion kali.
Dan kerana ‘Bidaah’ sudah popular di Indonesia, terdapat produser di negara itu yang berminat untuk menerbitkan ‘Bidaah’ dalam bentuk filem untuk tayangan di pawagam.

Pengakuan Erma drama berepisod ‘Bidaah’ itu adalah kisah benar yang dapat ditonton melalui siaran TikTok @runi.askara.
Penglibatan serius Erma dalam bidang seni bermula dari bidang lakonan kemudian menjadi pengarah, penulis skrip dan produser melayakkan dia menerima anugerah 'Datuk'. - KitaReporters