GANDINGAN muda beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara saingan Terbuka Perancis 2022 yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, di Paris, malam tadi. (30 Oktober 2022)
Walau bagaimanapun, ia bukan perjalanan yang mudah kerana mereka perlu harungi tiga set pertarungan sebelum menundukkan pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, 21-19, 18-21, 21-15.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan badminton
Pasangan beregu wanita Malaysia yang berada di ranking ke-11 dunia berjaya mengejutkan juara dunia dua kali dari Jepun dalam pertarungan yang sangat sengit.
Biarpun ranking pasangan Jepun ini nombor 6 dunia, ia bukan penghalang untuk mereka membuktikan Malaysia mampu melakukan kejutan.
Malah pada suku akhir juga mereka berjaya mengejutkan beregu Jepun yang berada di ranking lebih tinggi dari pasangan negara juga melalui tiga set.
Kejuaraan yang dimenangi ini juga menjadi mereka pasangan beregu wanita pertama negara muncul juara di Terbuka Perancis sepanjang ia diperkenalkan.
Ini merupakan kejuaraan kedua bagi Pearly-Thinaah dan sudah pasti ia dapat membakar semangat mereka untuk terus maju dalam kejohanan akan datang. - KitaReporters
Kredit foto-foto: FB Badmintonphoto_official