Seni & Sukan 15 Sep, 2022

Video| Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia! KRT Bandar Jertih meriahkan sambutan kemerdekaan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Peserta tekun menghias kek mengikut kreativiti masing-masing


SAMBUTAN Bulan Kemerdekaan Ke-65 yang sudah sampai ke penghujungnya tetap disambut meriah oleh rakyat negara ini dengan mengambil peluang menganjurkan pelbagai aktiviti sebagai tanda patriotik terhadap negara

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) adalah antara jabatan kerajaan yang proaktif melaksanakan pelbagai program berasas kemerdekaan dengan menggunakan jentera Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sebagai agen pelaksana aktiviti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan membuat dan menghias kek

Peserta pertandingan menghias kek bertemakan kemerdekaan anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Besut


Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Besut antara program yang menarik minat penyertaan komuniti setempat. 

Program yang merangkumi aktiviti pertandingan menghias kek, video pendek dan lensa uniti memberi peluang kepada peserta menghayati erti kemerdekaan dengan penghayatan melalui penghasilan kemahiran dan kreativiti setiap peserta.


Nor Almizan Mahmod (kanan) menyampaikan hadiah wang tunai dan sijil penyertaan kepada Nur Ain Shafirah Mohd Sofian


Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Nor Almizan Mahmod berkata, penganjuran program tersebut mampu membuka minda peserta menghasilkan karya melalui kerja tangan yang berasaskan kemerdekaan negara. 

Katanya, program yang julung kali diadakan itu walaupun pemberitahuan kepada komuniti dalam tempoh singkat tetapi ia tetap menarik minat peserta untuk menyertai aktiviti tersebut. 


Kek hasil kreativiti Nur Ain Shafirah Mohd Supian memenangi tempat pertama pertandingan menghias kek merdeka anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Besut.


Kek hasil kreativiti peserta pertandingan


Program sehari yang berlangsung di Pusat Jalur Lebar Seberang, Jertih itu menggunakan kaedah penghakiman melalui kaedah teknologi maklumat.

“Menariknya menerusi pertandingan tersebut ia turut disertai komuniti pelbagai kaum dan menepati matlamat konsep Keluarga Malaysia,” katanya.

Dalam pertandingan menghias kek, suri rumah, Nur Ain Shafirah Mohd Supian dari Kampung Balik Bukit, Jertih menang tempat pertama.Tempat kedua, Siti Hajar Abd Halim dan ketiga, Rokiah Jusoh

Hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan disampaikan oleh Nor Almizan. - KitaReporters


Juri sedang membuat penghakiman

14
8
0
13
0
You will be interested