Seni & Sukan 26 Sep, 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Tomok mmbuktikan kemampuannya dengan menjadi juara GV9 minggu ke-2.

PERSAINGAN sebenar Gegar Vaganza 9 (GV9) bermula semalam, Ahad, 25 September 2022. Pada minggu ke-2, kesemua peserta memperlihatkan kemampuan masing-masing.

Namun beberapa kejutan terjadi dengan Tomok mendapat markah tertinggi iaitu 80. sementara Roy Kapilla terpaksa mengucap selamat tinggal apabila cuma mendapat 53.2 markah.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza

Roy Kapilla sudah menjangka akan terkeluar



Jaclyn Victor yang membuat juri Hetty Koes Endang menitis air mata kerana dendangan lagu popular Zamani Slam ‘Gerimis Mengundang’ mengikut gayanya, namun hanya menduduki tempat ke-5 dengan 74.4 markah setelah digabung markahnya dengan ketua juri, Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.

Shila Amzah pula memperlihatkan kemampuan vokal dengan menduduki tangga ke-3 dengan 78.9 markah.

Kumpulan VE menojolkan kemampuan menyanyi secara berharmoni dengan baik. Dengan menyampaikan lagu ‘KasIh Berubah’, VE memperoleh 74.5 markah dan menduduki tangga ke-4.


Bersaing  sengit. Dari kiri Hazrul Nizam, Tomok dan Shila Amzah,

Namun kejutan paling ketara ialah peserta dari Singapura, Hazrul Nizam. Dari menduduki tangga terakhir dalam persembahan minggu pertama,  

Hazrul memberi persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu ‘Untukmu Ibu’ yang dipopularkan oleh kumpulan Exist dengan memperoleh 79.8 markah dan menduduki tempat ke-2. Dia hanya tewas 0.2 markah berbanding si juara, Tomok.


Gandingan hos Daniel dan Elly Mazlein tidak menjadi menyebabkan minggu ketiga GV9 hambar

Persembahan minggu ke-2 GV9 menjadi hambar apabila Nabil Ahmad tidak dapat muncul sebagai hos bersama kerana dipercayai menyertai program The Toyota Gazoo Racing musim ke-5.

Gegar Vaganza sejak musim pertama dihidupkan dengan persembahan ceria gandingan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Bagi musim ke-9, Elly Mazlien (Kak Lina Pom Pom) mengganti Jihan yang sedang berpantang. 

Namun pada minggu ke-3 ini Kak Lina Pom Pom seolah-olah hilang punca setelah pelawak Danial Zaini gagal memainkan peranan

sebagai hos program itu. Lawaknya tidak menjadi menyebabkan penonton resah.

Ternyata gandingan Nabil Ahmad dan Jihan Muse tetap yang terbaik dalam mengendalikan GV dengan ceria dan jenaka bersahaja.

Danial Zaini yang juga kakitangan Astro kelihatan panik dan Elly Mazlein cuba membantu bagi persembahan hos tidak begitu hambar. 

Elly Mazlein yang cuba menunjukkan kemampuan sebagai hos dan tidak dibayangi Jihan Muse, gagal menonjol apabila diganding dengan Danial.



Minggu ke-2 juga tidak ada juri jemputan menyebabkan markah berdasarkan penilaian tiga juri tetap, bukan empat juri biasanya.

Fuad Rahman menerima Anugerah Next Level Digi. Manakala Jaclyn Victor menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Sementara itu Roy Kailla yang ditemu bual dalam rancangan Vazz Vaganza berkata dia sudah menjangka akan terkeluar setelah melihat persembahan mantap peserta lain ketika latihan. 

Dia merasa lega setelah terkeluar dan tidak sabar untuk pulang ke rmahnya di Kelantan. Tambahnya dia menyertai GV bukan untuk menang, sebaliknya menimba ilmu dalam bidang nyanyian. - KitaReporters


SENARAI KEPUTUSAN GEGAR VAGANZA 9 MINGGU KE-2 :

  1. TOMOK 80 markah
  2. HAZRUL NIZAM 79.8
  3. SHILA AMZAH 78.9
  4. VE 74.5
  5. JACLYN VICTOR 74.4
  6. PAT CANDY 69.3
  7. BOB YUSOF 64.5
  8. DINA NADZIR 61.4
  9. ASHEED DEF GEB C 60.6
  10. TOM 59.9
  11. FUAD RAHMAN 57.9
  12. HAIDA HASNAN 57.8
  13. ROY KAPILLA 53.2


8
13
0
16
0
You will be interested