Seni & Sukan 07 Sep, 2023

Video| Zara Zya terkejut! Peminat sanggup bayar berdoa di Tanah Suci! Dah doa untuk semua followers!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Pada 23 Ogos 2023 lalu, pelakon popular, Zara Zya berkongsi berita dalam Instagramnya dia dalam perjalanan menuju ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah.

Sepanjang berada di sana, pelakon ini sering berkongsi kisahnya di sana bagi tatapan peminat. Sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki di sana, pasti akan  teruja dan bersyukur keraan tidak semua terpilih.

Melihat dan melawat tempat-tempat keagungan umat Islam seperti Kaabah boleh meruntun hati sesiapa sahaja. Malah di sana kita dapat beribadah sepenuh hati.



Menurut Zara, pengalaman bersama ibunya ketika mendaki Jabal Nur sangat menginsafkan dan bertuah dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana susah payahnya Rasulullah SAW dalam menegakkan syiar Islam. 

“Sebak pula saya bila edit video ni. Tak sangka saya dan mama dapat naik sampai ke puncak Jabal Nur ini. Dapatlah kami menyaksikan Gua Hira sendiri. Di sini Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri. Di sini jugalah Nabi menerima wahyu daripada Allah SWT buat pertama kali melalui malaikat Jibril. 

"Sekarang ni dah ada tangga elok. Bayangkanlah waktu Nabi naik dulu melalui batu-batu kering dan tajam,” tulisnya.

Malah dia tidak dapat menahan sebak saat berada di hadapan Kaabah. 

“Dalam gelak tawa kita, pasti menangis juga apabila berada di depan Kaabah. Selama mana pun di sini, tak akan pernah rasa puas. Semoga saya dijemput lagi ke sini dengan orang-orang yang saya sayangi,” luahnya lagi. 

Namun, paling menarik sepanjang di berada di sana, apabila para peminat turut tumpang gembira dan saling mendoakan. 


 



Dalam posting terbaharu Zara dalam Instagram bertarikh 6 September 2023, wanita berusia 38 tahun ini terkejut dan tidak menyangka kerana ada peminatnya sanggup memberi bayaran sekiranya dia mendoakan individu terbabit ketika berada di sana.

“Sementara saya di sini, ada doa saya langitkan untuk followers (pengikut)  mengikut kesempatan yang ada. 

"Saya tak sangka, ada yang sanggup nak bayar semata-mata untuk saya sampaikan doa di sini. Janganlah sampai begitu. Insya-Allah, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Semoga baik-baik saja untuk semuanya ya,” tulisnya.  

Antara tempat-tempat paling mustajab untuk berdoa di Tanah Suci ialah Multazam, Hijir Ismail, Rukun Yamani, Maqam Nabi Ibrahim, Muzdalifah dan Mina, Raudhah dan di dalam Kaabah. 

Semoga perjalanan umrah Zara dipermudah oleh Allah SWT. - KitaReporters 


Ada peminat sanggup bayar sekiranya Zara mendoakan untuknya di sana.

16
11
0
12
0
You will be interested