Seni & Sukan 01 Oct, 2020

Video fitnah! Syamsul Yusof mengamuk! Kita jumpa di mahkamah

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

KETIKA ini isu Syamsul Yusof berkaitan keluarganya yang sedang bergelora hangat diperkatakan oleh segenap masyarakat termasuk netizen. Di sebalik kedua-kedua pihak cuba menyembunyikan masalah keluarga, timbul pula satu video dalam YouTube yang mengaitkan Syamsul Yusof sebagai punca kepada masalah keluarga ketika ini. : KitaReporters


Lagi-lagi cerita berkaitan Syamsul Yusof:

https://kitareporters.com/search?search=syamsul+yusof


Video yang bertajuk, "Tak sangka! Rupanya Syamsul Yusof curang dengan Puteri Sarah" menghangatkan lagi cerita-cerita berkaitan rumah tangga pasangan selebriti itu.

Dek berang dengan tajuk video yang dimuat naik oleh 'Cabik Geronong' itu, Syamsul Yusof tekad ambil tindakan undang-undang!!!

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof 


Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.

Kata Syamsul, beliau tahu kebanyakan saluran (channel) YouTube cuba untuk dapatkan tontonan yang sebanyak mungkin, namun beliau marah bila mana namanya dikaitkan tanpa bukti dan secara tidak langsung telah timbulkan fitnah.


Tambahnya, beliau meminta individu berkenaan tolong hormat artis dan orang ramai kerana mereka juga ada keluarga serta anak-anak. 

Perkara ini sudah tentu akan membesarkan lagi masalah keluarga yang dihadapi beliau ketika ini.

Syamsul berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya dan akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik saluran itu di Mahkamah Persekutuan.

Fuhhh, ini betul-betul bukan cubaan!! 

Bukan soal duit menjadi keutamaan Syamsul tetapi lebih kepada nak mengajar mereka ini untuk hormat orang lain. - KitaReporters

3
0
0
1
1
You will be interested