Seni & Sukan 01 Feb, 2022

Meriah, menyeronokkan! Kejohanan Bola Sepak Pantai Kg Mangkok! Kembalikan nostalgia kaum nelayan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


KEJOHANAN Bola Sepak Pantai Tertutup Kampung Mangkok yang berlangsung di tepi pantai anjuran komuniti penduduk kampung itu pada Jumaat 27 Januari 2022 lalu di Pantai Mangkuk berlangsung dengan amat meriah serta menyeronokkan.

Ia juga secara tidak langsung mengembalikan nostalgia kepada masyarakat kampung nelayan yang tinggal di pesisir pantai di Setiu, Terengganu suatu ketika dahulu di tepi pantai sebagai tempat permainan bola sepak anak-anak muda sebelum adanya padang bola di kampung mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pantai

SEMUA peserta dari lapan pasukan yang menyertai Kejohanan Bola Sepak Pantai Tertutup Kampung Mangkok 2022.


Sukan bola sepak pantai itu itu amat mengembirakan kerana setiap pemain yang menyertai pertandingan itu mempamerkan aksi mereka dengan kesungguhan untuk memperolehi kemenangan pasukan yang menyertai.

Meskipun ia adakalanya dalam kalangan mereka sering terjatuh ketika mengejar atau menyepak bola di padang berpasir yang berdebu itu ditiup angin dari Laut China Selatan.



GAMBAR-GAMBAR Kejohanan Bola Sepak Pantai Tertutup Kampung Mangkok 2022.


Walaupun ia tidak menjanjikan mendapat hadiah yang menarik dalam pertandingan tetapi ia pasti mencuitkan hati para penonton dengan aksi-aksi pemain itu yang adakalanya melucukan ketika berkejaran merebut bola di padang berkenaan.

Permainan itu pasti menjadi menarik lagi andaikata setiap pemain yang menyertai kejohanan tersebut disyaratkan memakai kain pelikat ataupun kain batik sebagai mengembalikan kenangan masa silam kerana ketika itu tidak ada lagi seluar trak mahu pun seluar pendek yang dipakai oleh pemain bola sepak.


AWANG JUNUS


Pengerusi Komuniti Penduduk Kampung Mangkok, Mohd Afizi Awang berkata, program yang diadakan itu untuk mengisi aktiviti golongan pemuda daripada mereka melakukan kegiatan yang tidak mendatangkan faedah, selain untuk mempereratkan hubungan mereka dengan masyarakat setempat.

Dia berkata, sebanyak lapan buah pasukan terdiri golongan muda dari penduduk di kampung itu menyertai pertandingan.

Menurutnya, setiap pasukan disertai lapan pemain termasuk dua veteran yang mengikuti kejohanan bola sepak itu diadakan bermula awal pagi dan ia berakhir pada waktu petang  hari tersebut.

"Di kampung kami sememangnya ada padang bola tetapi kami sengaja melakukan kejohanan bola sepak itu di kawasan tepi pantai sebagai padang bola.

"Ini kerana permainan yang diadakan  di lokasi pantai amat menarik serta mendapat sambutan meriah dalam kalangan pemuda di kampung itu,’’ katanya.


AWANG Yunus menyampaikan hadiah kepada pemenang. 


Dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai Tertutup Kampung Mangkok itu, Johan  ‘Super League’  dalam pertandingan itu menerima hadiah wang tunai RM300, manakala Johan ‘King Of Mangkok’ juga RM300 di samping hadiah sagu hati kepada pemenang pasukan lain.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Mangkok, Awang Yunus ketika ditemui berkata, program yang dianjurkan oleh Komuniti Penduduk Kampung Mangkok itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat terutama golongan pemuda.

Ini kerana, katanya, menerusi kejohanan itu dilihat golongan muda dapat memberi kerjasama bagi menjayakan program yang sebelum ini pernah diadakan di kampung itu.

"Kita melihat sikap kerjasama serta bermuafakat dapat dipupuk dalam kalangan mereka sehingga berjaya menghasilkan kejohanan itu yang turut disaksikan oleh kaum wanita dan kanak-kanak.

‘’Kalaulah tiada sikap kerjasama itu tidak mungkin kejohanan bola sepak yang diadakan di tepi pantai yang berpasir itu dapat diadakan,’’ katanya.


HARUN Othman menyampaikan medal kepada pemenang dalam kejohanan itu.


MOHD Kahar Abdullah (berdiri, kanan) bersama pemenang Johan King Of Mangkok di Kejohanan Bola Sepak Pantai Tertutup Mangkok 2022 pada 27 Januari 2022. 


Selain Awang, Ketua UMNO cawangan Kampung Mangkok, Harun Othman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan  Kampung (JPKK) Mangkok,  Mohd Kahar Abdullah turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada pertandingan  itu. - KitaReporters



17
11
0
17
0
You will be interested