Seni & Sukan 27 Jan, 2022

Video| Mana mahu pergi? Cubaan lari dari rumah! Usaha merangkak keluar gagal! Dipatahkan ibu!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


BAGI mereka punyai bayi yang sedang membesar, cabarannya kepada si ibu dan ayah kerana anak kecil itu sedang belajar banyak perkara menyebabkan kita perlu memantau mereka dengan lebih teliti.

Tentunya, ada sahaja idea baharu yang nak dibuat dan apatah lagi apabila seorang bayi itu sedang belajar berjalan atau diistilahkan 'baru dapat kaki' oleh orang-orang lama.

Penatnya ibu dan ayah hendak mengejar anak mereka yang tengah lincah itu!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bayi



Tular sebuah video di Tiktok kelihatan seorang bayi lelaki yang merangkak dengan sangat laju terlepas dari rumahnya sambil dikejar oleh ibunya.

Bayi ini kelihatan seperti sedang melarikan diri dari rumah.

Lebih mencuit hati, bayi kecil ini sempat menoleh ke belakang melihat ibunya yang sedang gigih mengejarnya.



Ini baru merangkak, mahu kalau si cilik ini mula berjalan tak terkejar ibunya nanti.

Rata-rata netizen yang menonton video ini amat geram dengan telatah bayi ini yang sangat laju yang sangat mencuit hati. -KitaReporters




15
15
0
14
0
You will be interested