Seni & Sukan 17 May, 2020

Asyik-asyik kucing je dapat makan! Monyet pun nak makan juga

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: ainalmarhaton63@gmail.com

Share this

SELAIN manusia, haiwan antara makhluk bernyawa yang turut terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19.  Haiwan seperti kucing dan anjing terbiar berkeliaran mencari makanan dan ada yang mati kebuluran kerana kerana kesukaran mendapatkan makanan. Tiada sisa makanan untuk mereka kerana semua premis perniagaan termasuk kedai makan ditutup sementara. : KitaReporters


Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 kerana COVID-19 sebenarnya memberi kesan yang bukan sedikit kepada semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini. 

Bagi kita manusia, pasti sudah membuat persiapan menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi apabila terpaksa berkurung di rumah untuk satu tempoh masa yang lama.

Tetapi, bagaimana pula dengan haiwan yang hidupnya mengharap belas ihsan manusia. Haiwan terbiar juga perlukan makanan untuk teruskan kelangsungan hidup.
Bagi yang bersimpati dengan haiwan terbiar ini, mereka sanggup meletakkan makanan di kawasan tumpuan seperti di kedai makan atau di kaki lima bangunan, yang ada kelompok kucing gelandangan.
Bukan haiwan ini sahaja yang kelaparan, monyet juga antara yang terkesan dengan penularan wabak ini apabila tempat mereka mencari makanan seperti tong sampah sudah tidak dipenuhi sisa makanan. 

Tiada yang sudi sedekahkan makanan untuk mereka??


Kredit foto: FB Cjai Nco

Simpati dengan nasib si monyet liar, pemilik akaun Facebook dengan nama Cjai Nco mengambil inisiatif menghantar beberapa kilogram pisang kepada sekumpulan monyet di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada setiap Jumaat sejak PKP dilaksanakan.

Beliau memuat naik status yang berbunyi:  "Dah ramai orang beri makanan kepada Street cat, now giliran kita pula utk kasi 🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌"



Cjai Nco juga mencatat pada videonya makanan untuk golongan memerlukan ketika PKP berkongsi rezeki untuk semua hidupan atas muka bumi ini.
Mulia sungguh hati pemuda ini. 

Walaupun ramai yang takut dengan kehadiran si monyet liar ini, Cjai Nco mengambil risiko memberi makanan kepada monyet-monyet yang setia menunggu di tepi jalan mahupun bergayut di atas pokok sebelum menerpa dengan laju ke arah makanan yang diberikan oleh mereka yang bersimpati. 

Bagi je la apa yang ada pada tangan.

Banyak atau sikit makanan diberikan. Itu bukan persoalannya. Janji makanan tetap ada walaupun bukan diberikan setiap hari.

Cjai Nco dalam perbualannya bersama penulis menerusi aplikasi WhatsApp berkata dia simpati dengan haiwan yang susah mendapat makanan kerana tong sampah semuanya kosong. 
Dia turut memuji haiwan itu yang tidak begitu liar berbanding yang tinggal di kawasan rekreasi Teluk Cempedak apabila kerap bertindak agresif mencuri makanan daripada pengunjung pantai.



Ramai pengguna Facebook memuji tindakan Cjai Nco dan mendoakan dia dimurahkan rezeki kerana membantu golongan yang memerlukan.

Intan Rasyidah menerusi komennya:  "Hang campak2 mesti sbab hang takut nanti dye kokak hangg kannn πŸ˜‚ . Btw good job, moga murah sentiasa rezeki hangpaa πŸ‘"
Fatimah Md Rahim pula menulis: "T.kasih dik. Semoga dimurahkan rezeki. Alhamdulillah. Tapi yg last tu kelakarrrr"
Bebo Zainuddin berkata pula mencatat: "Cjai moga murah rezeki awak β˜ΊοΈ"


Selain monyet, Cjai Nco juga memberi makan kepada kucing terbiar yang ditemuinya.



Tiru macam Cjai Nco ni. Bagi makanan tanpa memilih bulu. 

Semoga bantuan ini akan terus berpanjangan. - KitaReporters

7
0
0
0
0
You will be interested