Seni & Sukan 13 May, 2020

Peluang sertai 'Ku Utuskan Doamu' dari Mekah! Semoga makbul!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

ORANG ramai khususnya masyarakat Islam Nusantara termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Selatan Thai dan Filipina berpeluang mengambil bahagian dalam program 'Ku Utuskan Doamu' dari tanah suci Mekah pada minggu terakhir Ramadan. : KitaReporters


Gambaran grafik program 'Ku Utuskan Doamu' terus dari Mekah, Arab Saudi - Kredit foto FB Makkah Kenangan Terindah. 



Program secara live yang julung kalinya diadakan anjuran Facebook (FB) Makkah Kenangan Terindah adalah kendalian pelajar Universiti Ummu Qura, Mekah berasal dari Malaysia dan adminnya, Syahruddin Shahri dan Nur Salimah Md Hasim.

Melalui paparan FB Makkah Kenangan Terindah, mereka menjelaskan program itu diadakan bertujuan memberi peluang kepada masyarakat Islam menyampaikan doa, hajat dan apa juga niat di Tanah suci Mekah sempena Ramadan yang barakah

Harapan penganjur, doa-doa yang bakal disampaikan nanti mendapat fadilat dan diterima oleh Allah S.W.T.

Program ini bakal berlangsung pada jam 10.30 malam waktu tempatan (Mekah) atau 3.30 pagi waktu Malaysia dijangka mengambil masa satu jam untuk satu sesi setiap hari bermula 10 Ramadan terakhir hingga tamatnya bulan puasa.


Kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai program ini diingatkan mestilah menyukai, mengikuti dan berkongsi (like, follow and share) FB Makkah Kenangan terindah semasa siarannya berlangsung.

Manakala setiap doa yang ingin disampaikan mestilah pendek, padat dan bernas bagi membolehkan peluang bilangan mereka yang menyertainya lebih ramai.

Syahruddin dalam kenyatannya berharap kepada orang ramai  yang mengetahui mengenai program 'Ku Utuskan Doamu' dari Mekah ini  dapat menyebarluaskan kepada rakan-rakan, kenalan, keluarga dan sesiapa sahaja.

Masjidilharam dan sekitarannya masih ditutup kepada orang ramai kecuali para pegawai dan petugas yang dibenarkan sahaja berada di situ berikutan perintah berkurung oleh kerajaan Arab Saudi disebabkan wabak COVID-19.  - Kredit foto: TV Mekah.


Katanya, di samping setiap mereka yang menyertai mendapat kelebihan (fadilat) berdoa di bumi Mekah yang dikenali sebagai tanah haram juga secara tidak langsung memberi sokongan moral kepada program berkenaan. 

Beberapa orang warga maya terutama pengikut FB Makkah Kenangan Terindah memberikan sokongan motivasi terhadap usaha menjayakan program dianggap banyak memberi manfaat  dan mengucapkan kebanggan atas inisiatif tersebut.

Para pegawai dan petugas termasuk salah seorang Imam Masjidilharam, Mekah terpaksa menjalani saringan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis tersebut berikutan perintah lockdown yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Arab Saudi akibat wabak COVID-19. - Kredit foto TV Mekah.


FB Makkah Kenangan Terindah yang diwujudkan pada Mac 2020 sebelum ini memaparkan berbagai coretan, foto dan video mengenai berita semasa yang berlaku di sekitar Haramain merangkumi Mekah dan Madinah serta beberapa bandar utama berhampiran di Arab Saudi. 

Mekah dan Madinah merupakan tanah haram yang menjadi tumpuan umat Islam mengerjakan haji dan umrah setiap tahun.

Bagaimana pun Rukun Islam kelima itu terpaksa ditangguh sejak Arab Saudi dilanda wabak COVID-19 pada awal tahun 2020 ini. - KitaReporters

Dua anggota polis berkawal di salah satu laluan masuk ke Masjidilharam yang ditutup kepada orang awam berikutan perintah lockdown oleh kerajaan Arab Saudi berpunca daripada wabak COVID-19. - Kredit foto: FB Makkah Kenangan Terindah


Semua jemaah yang ingin memasuki Masjidilharam perlu melalui terowong penyahkuman yang didirikan di laluan masuk sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19. - Kredit foto: FB Makkah Kenangan Terindah

0
0
0
0
0
You will be interested