Seni & Sukan 30 Jan, 2021

Video| Usop belum lenyap! Muncul dengan single terbaharu Lenyap! Sekual kepada 2 lagu awalnya

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SEJAK pandemik COVID-19 melanda negara, ramai yang terkesan termasuklah golongan artis terutama penyanyi. 

Antara mereka itu, Naib Juara Big Stage 2020, Muhammad Saiful Naim Mohd Noor, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Usop tidak terkecuali. 

Tetapi Usop tidak lenyap begitu sahaja malah menjadikan ‘Lenyap’ sebagai judul lagu terbaharunya pula.

Namun ‘Lenyap’ bagi Usop untuk single terbaharunya ini bukan bermakna beliau menyepi jauh apabila berada di kampung halamannya di Kulim, Kedah tetapi ada kisah di sebaliknya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Usop:

https://kitareporters.com/search?search=usop




“Lagu ini menceritakan tentang kisah seseorang yang kehilangan cintanya dan berada di dalam dilema, sama ada perlu berserah atau terus memperjuangkannya, dan akhirnya dia sedar bahawa dia tidak mampu merubah apa-apa dan terpaksa reda akan takdir yang menimpa dirinya,” ujar Usop terhadap lagu ciptaan tiga komposer terkemuka negara, Ja’a, Romal, Karim Karam dan Mike Chan pada majlis 'screening party' video muzik 'Lenyap' secara virtual pada 29 Januari 2021 lalu.

Menurut Usop, ‘Lenyap’ bergenre balada pop merupakan sekuel kepada 2 lagunya yang terdahulu iaitu ‘Aku Yang Bersalah’ dan ‘Selamanya’ yang pasti meruntun jiwa dan emosi pendengar namun dengan gaya yang lebih suave.

Menariknya, single terbaharu ini bukan sahaja diterbitkan oleh labelnya Rocketfuel Entertainment sahaja tetapi mendapat kerjasama daripada Universal Music Malaysia dan Faithful Music Publishing milik Faizal Tahir.



Bercerita mengenali pengalamannya merakamkan ‘Lenyap’ Usop memberitahu berhadapan dengan kesukaran apabila  rakaman terpaksa dijalankan ketika Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

“Agak lama untuk lagu ini disiapkan kerana pada ketika itu juga saya sedang sibuk dengan pertandingan Big Stage 2020,” cerita Usop sambil memberitahu rakaman dilaksanakan di studio Faizal Tahir.



Tambahnya, disebabkan masih dalam PKPB, pihak pengurusan terpaksa menyediakan surat kebenaran agar proses rakaman dapat disempurnakan.

“Walau pun penat dengan sesi Big Stage 2020, kami berjaya melakukannya,” tambah Usop sambil melahirkan rasa bertuahnya dapat bekerjasama dengan komposer-komposer hebat tanah air sekali gus menimba banyak ilmu.

Usop yang kini banyak menghabiskan masa di kampung bersama keluarga dengan membantu mereka menguruskan perniagaan nasi kandar memberitahu banyak masanya diluangkan untuk membuat cover video atas permintaan peminatnya.



Dalam pada itu, melalui jalan cerita video muzik ‘Lenyap’ peminat pasti dapat melihat kematangan Usop dengan imej suave yang memperlihatkan kisah tentang seorang jejaka yang masih belum dapat ‘move on’ walau pun sudah 5 tahun kehilangan kekasihnya.

“Waktu penggambaran juga agak mencabar  kerana musim hujan,” kenang Usop.

Lagu ‘Lenyap’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman dalam talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. 

Manakala video muzik lagu ‘Lenyap’ ini juga boleh ditonton secara eksklusif dalam saluran YouTube Rocketfuel Network. - KitaReporters



1
0
0
0
0
You will be interested